in

“Ada kedai tambah air” – Kedai Di Segamat Kena Saman Seribu Sebab Bagi Hand Sanitiser ‘Tipu’

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min kalau keluar pergi mana-mana, mesti bawa hand sanitiser sendiri. Yelah, kalau pergi kedai ke restoran ke mesti tak yakin dengan sanitiser yang dorang bagi. Cair semacam lepas tu bau pun…


Baru-baru ni, satu kedai di Segamat telah disaman RM1,000 gara-gara tukar hand sanitiser dorang kepada cecair pembersih pelbagai guna yang tak disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM).

Menurut Sin Chew Daily, kedai tersebut menggunakan pembersih tersebut yang dibeli online setengah tahun lepas untuk dimasukkan ke dalam botol sembur plastik.

San

Tindakan kedai ini terkantoi bila polis Segamat membuat pemeriksaan tak berjadual jam 6.10 petang pada 8 Disember lalu. Ketika kejadian, polis juga turut memeriksa termometer yang digunakan untuk memeriksa suhu badan, imbasan kod QR dan buku rekod pelanggan dan mendapati semuanya mengikut garis panduan yang diberikan oleh KKM.

Namun, bila pihak polis periksa cecair di dalam botol sembur, mereka sedar yang kesan sejuk alkohol tak ada dan menemui yang cecair tersebut sebenarnya cecair pembersih pelbagai guna.

Ekoran ini, pihak polis telah menyaman kedai tersebut seperti yang termaktub dalam Artikel 11 Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan mengarahkan kedai tersebut untuk membayar denda sebelum 21 Disember.

San2

Bercakap dengan media, pemilik kedai tersebut mengatakan yang bila dia membeli pembersih tersebut setengah tahun lalu, ia dikatakan memenuhi saranan KKM dan boleh digunakan.

Dia juga mengatakan yang mereka tak baca label di botol dengan betul dan sentiasa ingat cecair yang digunakan itu adalah hand sanitiser.

Pemilik kedai ini juga menambah yang dia telah menggunakan pembersih pelbagai guna berbentuk gel ini dan dicampurkan dengan air sebelum digunakan sebagai hand sanitiser sebelum menyedari yang ianya tak sesuai selepas pemeriksaan dibuat.

Pemilik kedai ini juga turut mengingatkan orang ramai untuk pastikan hand sanitiser mereka memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh KKM.

 

Baca: 7 Individu Mati Lepas Minum ‘Hand Sanitizer’ Hanya Sebab…

Screenshot 2020 12 11 At 1.32.02 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.