Anak sulung kepada Datuk Nora Ariffin iaitu Mohd Syakir Iman Johan menjelaskan bahawa hubungannya dengan bapa tiri, Dr Rushdi Ramli dan keluarga sebelah sana masih terjalin dengan baik.
Namun, dia menjelaskan bahawa ada campur tangan daripada pihak ketiga yang mengganggu hubungan baik antara kedua-dua keluarga.
Artikel berkaitan : Noraniza Idris Jadikan Siti Nurhaliza Sebagai Inspirasi Untuk Turun Berat Badan
Artikel berkaitan : “Saya terkilan netizen hanya kecam adik dan ibu” – Kes Video Bercumbu Tular, Anak Sulung Nora Ariffin Akan Ambil Tindakan Undang-Undang
“Adik beradik saya dengan Dr Rushdi semua baik, namun ada yang menggoyahkan”
Katanya, hubungannya dengan anak-anak Dr Rushdi juga tidak pernah berdepan masalah. Bahkan, mengenai isu yang timbul antara ibu bapa mereka, dia memilih untuk tidak masuk campur.
“Adik-beradik saya dengan Dr Rushdi semua baik. Hubungan kami tiada masalah, namun gangguan daripada pihak luar yang menggoyahkan keadaan. Saya hanya rapat dengan beberapa orang anak Dr Rushdi, kebanyakannya anak lelaki. Kami memang baik-baik saja.”
“Saya hanya rapat dengan beberapa orang anak Dr Rushdi, kebanyakannya anak lelaki. Kami memang baik-baik saja. Sebagai anak sulung. Saya dan Dr Muhammad Shakir (anak sulung Dr Rushdi) melihat isu ini adalah hal antara ibu bapa kami.”
“Kami tidak patut masuk campur, tetapi apabila sampai tahap ini, kami perlu memikul tanggungjawab. Kami hanya mahu keputusan yang adil dan tidak membebankan kedua-dua pihak.”
Prosiding tuntutan cerai terhadap ibunya kini sudah memasuki fasa pelantikan wakil hakam islah apabila Syakir dilantik oleh ibunya sebagai wakil hakam sementara Dr Rushdi melantik anaknya, Dr Muhammad Shakir.
Syakir berharap ibu bapa mereka berusaha mencapai kesepakatan sebelum laporan diserahkan kepada mahkamah pada 30 September ini. Dia juga berharap agar perkara ini selesai secara aman.
“Saya hanya mahu melihat ibu saya bahagia. Saya lihat ibu dan Dr Rushdi tiada masalah besar, cuma campur tangan luar yang menggugat keharmonian rumah tangga mereka.”
“Selama beberapa tahun, kami sudah cuba berbaik dengan keluarga Dr Rushdi. Malah saya sendiri pernah berusaha mendekati anak-anak dan isteri pertamanya.”
“Secara peribadi, saya tiada masalah, kerana isu rumah tangga ini sepatutnya hanya antara ibu dan Dr Rushdi. Apabila pihak luar masuk campur, itulah yang merosakkan.”
Sumber : Berita Harian