in

“Ada di sisi saat arwah pergi” – Isteri Cikgu Din Hidap Kanser Meninggal Dunia Semalam

Isteri Cikgu Din Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, tular di media sosial kisah seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Din atau nama penuhnya, Mohamad Izzudin Izhar, 34, yang bertugas di Sarawak minta ditukarkan ke Semenanjung kerana ingin menjaga isterinya yang sakit kanser tulang rawan tahap empat.

Kisah itu mendapat perhatian ramai apabila guru ini memaklumkan permohonannya tidak diluluskan sehingga terpaksa berulang alik dari Sarawak ke Kelantan, sehinggalah Kementerian Pendidikan (KPM) bertindak dengan memberi cuti kepada Cikgu Din dan menempatkannya sementara di sebuah sekolah di Kelantan.


Cikgu Isteri Din

Artikel berkaitan: Cikgu Din Ditempatkan Sementara Di Sekolah Di Kelantan – Fadhlina Sidek

Artikel berkaitan: Cikgu Din Diberikan Cuti, KPM Akan Adakan Pertemuan Bincang Kebajikan &; Bantuan

Isteri Cikgu Din meninggal dunia 

Namun semalam kita menerima satu berita sedih apabila dimaklumkan bahawa isteri Cikgu Din, Nur Atiqah My Yusoff meninggal dunia malam semalam selepas bertarung nyawa melawan penyakit kanser yang dihidapinya.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Cikgu Din menerusi aplikasi WhatsApp dan memohon maaf bagi pihak arwah isterinya jika ada salah silap, lapor Buletin TV3.

Isteri saya telah menghembuskan nafas yang terakhir jam 9 (malam) tadi..saya mohon maaf kalau isteri saya ada salah silap, dan kalau ada hutang (Allahyarham) mohon beritahu saya,” kongsi Cikgu Din.

Dalam pada itu, bekas guru, Mohd Fadli Salleh juga mendedahkan hal berkenaan di laman Facebooknya dan memaklumkan bahawa dia akan menziarahi guru tersebut esok.

Sedih juga dengan berita ini. Namun sekurangnya kita semua berjaya bantu Cikgu Din untuk ditempatkan sementara di kampung beliau. Dan Cikgu Din ada disisi isterinya saat arwah pergi.

“Kalaulah masa tu Cikgu Din berada di Sarawak, pasti ralat sangat. Salam takziah buat Cikgu Din dan keluarga,” tulisnya di komen.

Al fatihah dan takziah buat keluarga Cikgu Din. Semoga arwah ditempatkan bersama para solehin. 

Sumber: Buletin TV3, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.