in

“Ada 19 tanah, 28 kereta mewah…” – Ahmad Sahroni Didakwa Lari Ke Singapura Saat Rumah Diserbu Rakyat

Ahmad Sahroni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketegangan politik di Indonesia terus memuncak apabila Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Ahmad Sahroni, dilaporkan melarikan diri ke Singapura selepas kediamannya di Tanjung Priok, Jakarta Utara, diceroboh dan dirosakkan penunjuk perasaan.

Menurut laporan Tribunnews, Laporan Harta Kekayaan Penyelenggara Negara (LHKPN) mendedahkan Sahroni memiliki kekayaan mencecah 328 bilion rupiah (RM84.3 juta) yang difailkan kali terakhir pada 21 Februari lalu.


“Kekayaan itu termasuk 19 bidang tanah dan bangunan bernilai kira-kira 139 bilion rupiah (RM35.7 juta).

“Malah, beliau juga mempunyai 28 kenderaan mewah seperti Bentley, Ferrari, BMW, Mustang, Tesla, Porsche, Mercedes, Volkswagen, Suzuki, Toyota, Honda dan motosikal berkuasa tinggi termasuk Harley Davidson dan Vespa,” katanya.

Artikel berkaitan: Plaza Tol & Stesen MRT Antara Fasiliti Yang Terjejas Di Indonesia Akibat Demonstrasi

Artikel berkaitan: Gara-gara Sifatkan Individu Seru Pembubaran DPR ‘Orang Tolol’, Orang Ramai Serbu Rumah Ahli Politik Indonesia Ini

ahmad sahroni 169
Ahmad Sahroni

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan, kemarahan rakyat tercetus selepas Sahroni mengeluarkan kenyataan menghina pihak yang menyeru pembubaran DPR sebagai “orang tolol sedunia”.

Tindakan itu mengundang protes besar-besaran sehingga video tular memperlihatkan orang ramai menceroboh kediamannya, memecahkan tingkap kereta mewah, serta menjarah beberapa barangan di rumahnya.

Beberapa foto yang dimuat naik di Instagram oleh akaun @/irwandiferry menunjukkan kelibat Sahroni berada di sebuah lapangan terbang sambil menunggu penerbangan ke Singapura.

Namun, laporan berkenaan masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat.

Kredit: LombokPost

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.