Kecoh mengenai dua keping gambar Intan Najuwa dan Zul Ariffin yang sedang mandi laut sejak Khamis lalu – menimbulkan persepsi kurang baik di kalangan netizen.
Intan dan Zul kini sedang memegang watak utama dalam drama Setelah Ku Dimiliki yang disiarkan di TV3.
Bagaimanapun aksi yang dipamerkan kedua-dua pelakon itu disifatkan keterlaluan bahkan selepas penerbit drama itu tampil mengesahkan bahawa babak ‘mandi laut’ itu tiada dalam footage drama berkenaan.
Memetik mStar Online, tunang kepada Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli, 38, tidak mahu memberi sebarang komen berkenaan penularan gambar berkenaan.
Tambahnya, sesiapapun berhak menyatakan pandangan masing-masing kerana negara ini adalah negara yang bebas.
“About the photos? Sorry… saya tiada apa nak komen.
“This is free county. People can talk what they want. Saya tak nak tambah-tambah komen. Nanti lagi macam-macam,” katanya.
Foto mandi laut Intan dan Zul tersebar luas dan ramai yang menganggap foto itu adalah sebahagian daripada gimik drama – sebelum ia dinafikan penerbit dan pengarah drama berkenaan.