in

“Abang tak bagi balik selagi tak habis” – Budak Menangis, Mengadu Penat Dipaksa Jual Nasi Lemak

Menangis Dipaksa Jual Nasi Lemak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan, makin ramai penjaja dalam kalangan budak yang tidak pasti latar belakang mereka.


Ada antara mereka yang dipaksa berjalan kaki di serata tempat menjual apa-apa barangaan demi keuntungan orang dewasa.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang budak sedang menangis kepenatan kerana dipaksa untuk menjual nasi lemak di sekitar kawasan Pantai Klebang, Melaka.

Artikel berkaitan: Singgah Ke Kubur Ayah Sebelum Sambung Berniaga, Video Budak Lelaki Ini Bikin Ramai Sebak

Artikel berkaitan: [VIDEO] Berniaga Kerepek Hingga Tertidur Tepi Jalan, Ramai Sebak Bila Tahu Kisah Sedih Adik Ni

Menurut pemilik video itu, budak tersebut secara tiba-tiba datang ke arah mereka dan mengadu kepenatan kerana dipaksa untuk menjual nasi lemak sehingga habis oleh abangnya. Malah, budak itu tidak dibenarkan pulang selagi nasi lemak itu tidak habis dijual.

@sjbkim

Ibu bapa sekarang please stop forcing your kids selling for your own sake. Ceritanya macam ni, kami tengah healing tepi pantai actually and dah nak balik. Tiba-tiba budak ni datang terus menangis sambil cakap penat, belilah nasi lemak rm1 je. Abang tak bagi balik selagi tak habiskan then terus menangis. Mula-mula slow je, lama-lama makin kuat nangis. So kami decide nak tolong jual jerrr. Tolong la ehh ibu bapa, kalau dorang cakap dah penat tolong la jangan paksa. Lagipun kerja – kerja ni bukan umur dorang untuk buat semua ni. Dorang patut main dan tidur je kat rumah😭. #fyp #fypシ゚viral #f #nasilemak #viral

♬ original sound – Sq – Sq

Kasihan melihat situasi yang dialami budak tersebut, pemilik video dan rakan-rakannya sudi menolongnya untuk menjual nasi lemak.

“Ceritanya macam ini, kami tengah healing tepi pantai dan dah nak balik. Tiba-tiba budak ni datang terus menangis sambil cakap ‘penat, belilah nasi lemak RM 1 je’, abang tak bagi balik selagi tak habiskan’.

“Dia terus menangis. Mula-mula perlahan je, lama-lama makin kuat nangis. Jadi kami ambil keputusan untuk tolong jual je,” tulis di ruangan kapsyen video itu yang dirakam pada waktu malam.

Dalam pada itu, pemilik video berkenaan turut menasihati ibu bapa agar berhenti memaksa anak-anak bekerja kerana itu bukan tanggungjawab mereka.

“Tolong la eh ibu bapa. Kalau diorang cakap dah penat, tolonglah jangan paksa. Lagipun kerja-kerja ini bukan sesuai dengan umur diorang yang sepatutnya bermain dan tidur di rumah,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menyatakan mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan kanak-kanak untuk menjual barangan mereka.

Taktik itu digunakan bagi meraih simpati orang awam yang mudah tersentuh hati dengan kanak-kanak.

Screenshot 2023 09 22 172035 Screenshot 2023 09 22 172103

Dalam pada itu, netizen juga berharap agar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas dalam menangani isu ini.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.