in

Abang Cleaner Dapat Angpau RM809, Trak Penuh Dengan Stok Air Kotak & Buah Limau

Ft Cleaner Dapat Angpau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rezeki tak pernah salah alamat, hari bertuah buat seorang cleaner yang dikenali sebagai Muhammad Izzat ini apabila dia menerima habuan bak durian runtuh daripada penduduk  di kawasan residensi yang dia bersihkan sempena Tahun Baru Cina.

Dalam video yang dikongsikan menerusi TikTok, Izzat dilihat terima buah oren mandarin daripada penduduk dan bermacam-macam jenis minuman kotak.


 

Angpau RM 809

Jika diperhatikan dalam video di bawah, minuman dan buah oren mandarin begitu banyak, sampai penuh satu tempat duduk di tempat duduk penumpang hadapan traknya. Bukan itu sahaja, dia masih dapat ‘habuan’ lain daripada tuan rumah yang dia bersihkan.

Kalau perasan dalam video di bawah terdapat satu beg sarat dengan angpau berwarna merah dan dapat dilihat Izzat telah menerima sejumlah wang yang banyak iaitu RM 809!

@muhammad_izzat_7730_

Balas kepada @kakdamolek Alhamdulillah.. rm809… rezeki… #lorisampah #cny2022 #cny #tiktok

♬ original sound – JonelSagaynoRemix?? – JonelSagaynoRemixOfficial

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang tumpang gembira apabila melihatnya dan ada juga kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama mereka lalui.

Screenshot 2023 01 26 182245 Screenshot 2023 01 26 182306 Screenshot 2023 01 26 182321

Alhamdulillah, memang betul orang kata rezeki tak salah alamat, buat kerja ikhlas, pasti akan dapat habuan. Jumlah macam tu lepas belanja 2 minggu tau.

Baca: Ambil Duit Angpau, Pasangan Kembar Di China Nekad Saman Bapa Sendiri

3Angpaw

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.