Tindakan seorang anggota bomba dalam membantu menyelamatkan seorang pemandu sedang menjadi tumpuan orang ramai.
Ianya tular menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh anggota bomba itu sendiri, Norman Affan di TikTok dan meraih lebih 1 juta jumlah tontonan dalam masa sehari.
Artikel berkaitan: “Ambil masa 20 min untuk angkat” – Bomba Bantu Angkat Guru 350kg Dari Rumah Ke Hospital
Artikel berkaitan: Kisah Oyen Sesat Datang Ke Balai Bomba Sekinchan Tarik Perhatian, Rupanya ‘Merantau’ Dari…
Pengsan ketika memandu
Video tersebut memperlihatkan seorang pemandu lelaki berumur berada di tepi jalan, lelaki tersebut dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum didatangi Norman dan anggota bomba yang lain.
Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat begitu kaku dan menjelaskan bahawa dia tidak keluar dari kenderaan kerana tidak boleh berjalan. Menurut pemilik video, lelaki itu dikatakan ada menjalani rawatan dialisis.
Selain itu, dapat dilihat yang Norman menawarkan bantuan kepada lelaki itu untuk menghantarkan ke hospital kerana ia akan memakan masa lama untuk menunggu ambulans sampai.
@norman_affan Semoga pakcik kembali sihat serta dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat . OPERASI TAHUN LEPAS . #bomba #kemalanganjalanraya #fypシ゚ #rescue #normanaffan
Setibanya di hospital, Norman menjelaskan kepada kakitangan kesihatan bahawa lelaki tersebut pengsan ketika sedang memandu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji kebaikan Norman dalam membantu mangsa dan ada juga yang memuji cara Norman ini berkomunikasi dengan warga yang lebih tua daripadanya dengan begitu sopan dan beradab.

Sumber : TikTok
