Hari graduasi semestinya adalah saat paling dinanti-nanti dan gembira buat setiap pelajar IPT. Selalunya ia diraikan bersama ibu bapa yang hadir untuk menyaksikan kejayaan anak mereka.
Tapi, tidak semua bertuah dan dapat rasai pengalaman macam tu. Satu tweet daripada seorang lelaki yang berkongsi kisah sedih mengenai rakannnya viral baru-baru ni.
Tak semua orang happy bila konvo. I hope this is the best thing me and my friends did to you Bro.”
Tweet tu menceritakan tentang bapa kepada pelajar tersebut yang tak dapat hadir untuk menyaksikan anaknya memakai jubah dan mengambil scroll.
Abah mungkin tak pi kot, takdak modal. Mama ada tak pa la. Abah teringin nak pi tapi tak dak modal.”
Namun, apa yang lebih menyentuh hati netizen adalah kesungguhan bapanya untuk buat dia gembira dengan menitip ucapan tahniah melalui jambangan bunga bersama nota.
Bunga ini pengganti diri abah untuk abang. InshaAllah konvo sekali lagi abah akan datang. Abah janji.”
Itulah sebahagian daripada nota yang ditulis sendiri oleh bapa pelajar tersebut, membuatkan ramai netizen tersentuh hati. Admin pun sebak baca weh!
Ada yang berkongsi tentang diri mereka yang turut lalui perkara yang sama, tak dapat raikan bersama ibu bapa semasa hari graduasi. Namun, perkara itu menjadi semangat dan kekuatan untuknya habiskan pengajian.
Esok tumpang parents eh, aku nak bergambar jugak.”
Ada juga yang berkongsi kisah rakan dia yang minta untuk bergambar bersama ibu bapa orang lain disebabkan keseorangan ketika hari konvo.
Memang sebak bila tengok pelajar yang rai kejayaan sorang sorang masa hari konvo, sementara orang lain seronok bergambar dengan parents and family…