in

“Abah hanya ada satu” – Pemuda Sanggup Korbankan Kerjaya & Tawaran Belajar Demi Jaga Bapa Sakit

Untitled design 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia ni, banyak kisah pengorbanan ibu bapa kepada anak-anak yang kita dengar. Memang tak dapat dinafikan, itu adalah tanggungjawab mereka namun, kita sebagai anak juga ada kewajipan kita sendiri kepada ibu bapa.

Macam baru-baru ini, tular satu video di TikTok menunjukkan seorang pemuda telah memasak dan menyuapkan makanan untuk bapanya yang dilihat sakit. Video tersebut telah meraih hampir sejuta tontonan di mana rata-rata netizen telah memuji tindakan pemuda itu yang dilihat tidak kekok menjaga bapanya.


@gemux_official

yang baik semuanya datang Dari Allah #allahsayang#fyp

♬ Cooking Time – ZydSounds

Menurut mStar, pemuda bernama Abdul Muqmin Mazni berkata dia sanggup melepaskan impiannya untuk sambung belajar dan mencari pekerjaan bagi menjaga bapanya.

hhhh

Artikel berkaitan: Ibu Bapa Maut Korbankan Diri Demi Menyelamatkan Dua Anak Dalam Kemalangan di Lebuhraya PLUS

Muqmin menceritakan, ayahnya yang berusia 56 tahun ini telah menghidap darah tinggi dan diserang strok pada 2016 sehingga doktor menyarankan dia sekeluarga untuk buat pembedahan segera terhadap ayahnya.

“Doktor cakap abah ada darah beku di kepala dan perlukan pembedahan segera. Tapi selepas pembedahan, doktor cakap abah dah lumpuh dan tak ada harapan sembuh sebab ia melibatkan saraf.”

Disebabkan itu, ayahnya memerlukan bantuan anak-anak kerana tak mampu untuk uruskan diri sendiri. Katanya lagi, ibu meninggal dunia lima tahun lalu akibat kanser payudara tahap empat. Kini, dia dan kakak sulungnya tinggal bersama ayah mereka di Jerteh, Terengganu manakala sorang kakaknya lagi tinggal di Subang, Selangor.

Artikel berkaitan: “Terima kasih sebab jaga ayah” – [Video] Pemuda Kongsi 3 Permintaan Terakhir Bapa Sebelum Meninggal Dunia

Dia juga meluahkan rasa sedihnya kerana terpaksa berhenti kerja dan menolak tawaran belajar.

“Dulu pada awalnya saya bekerja sebagai juruteknik di SMP Aerospace, tapi saya berhenti sebab lebih mengutamakan abah. Sedih sebenarnya kerana meninggalkan semuanya.”

Walaupun begitu, anak bongsu itu percaya berkat dia jaga ayahnya akan ada yang lebih baik menanti. Dia juga yakin bahawa rezeki bila berbuat baik pada ibu bapa ini amat besar.

“Sentiasa percaya pada rezeki, berbuat baik pada ibu bapa akan dilipatgandakan rezeki. Saya yakin dengan itu dan akan selalu berpegang dengannya. Pekerjaan kita boleh cari tapi bukan kenangan dengan ibu bapa.”

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.