Sejak akhir-akhir ini, pelbagai berita yang kita dengar pasal anggota bomba dan kerjaya mereka. Macam-macam dah anggota bomba ni lakukan dan pekerjaan mereka ni boleh dikatakan memang selalu berhadapan dengan situasi antara hidup dan mati.
Mungkin sebab itulah ramai yang menyanjungi bomba kerana baru-baru ni, ada satu lagi insiden yang menyentuh hati netizen. Menerusi perkongsian di Facebook, anggota bomba bernama Zainy Hazmat ini menceritakan pengalamannya membantu haiwan dalam kebakaran.
“Binatang juga memerlukan kasih sayang dari kita… bila tengok keadan anak-anak anjing ni sayu rasanya…”
Sayu dan rasa berbangga pulak di hati admin sebaik melihat gambar-gambar yang dikongsikan Zainy berkenaan operasi kebakaran hutan yang berlaku baru-baru ni dekat Padang Serai.
Menurut Zainy, dalam operasi itu mereka telah menyelamatkan beberapa ekor anak anjing yang kepanasan dan kahausan akibat terhidu asap kebakaran yang pekat. Disebabkan kegiatan tak bertanggungjawab ni, tak pasal-pasal anjing tersebut terkena padahnya.
“Operasi kebakaran hutan di Padang Serai. Binatang juga memerlukan kasih sayang dari kita.. bila tengok keadaan anak2 anjing ni sayu rasanya… kepanasan.. terhidu asap..kehausan..??..
“Jangan la disebabkan sikap tidak bertanggungjawab kita dgn membakar secara terbuka dan secara tidak langsung kita menyebabkan kesusahan terhadap orang awam dan makhluk lain.”
“Tahniah sahabat…. mulia sungguh hati kamu semua”
Rata-rata netizen yang melihat posting ini berasa sangat terharu dengan tindakan baik hati anggota bomba ini yang sanggup membantu haiwan dalam kesusahan. Anggota bomba Muslim pun relaks je kan beri anjing tu minum air.
Terharu bercampur sebak admin tengok muka-muka abang bomba ni. Besar pahala dapat bantu haiwan dalam kesusahan.