in

“Peminjam Dah Tak Boleh Lari…” – PTPTN Perkenal Skim Potongan Gaji Berjadual Mulai Januari 2019

Ptptn Rm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni kecoh pasal isu PTPTN sama ada melibatkan peminjam yang tak bayar balik pinjaman, janji kerajaan PH dalam manifesto untuk mansuhkan PTPTN ataupun hutang PTPTN yang cecah RM39 bilionactually ada banyak lagi.


Malah menurut bharian, ketika ini PTPTN merekodkan seramai 2.9 juta peminjam dengan 1.4 juta dilaporkan masih culas membayar balik pinjaman masing-masing.

Tapi rasanya korang tak perlu risau lagi dah sebab hari ini PTPTN umumkan Skim Potongan Gaji Berjadual (PGB)akhirnyaaaaa..

Peminjam Bayar PTPTN Tolak Gaji

 

Mulai Januari peminjam yang berpendapatan lebih RM2,000 sebulan tidak boleh ‘culas’ membayar balik selepas skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) dilaksanakan mulai Januari ini.

Ia berikutan skim berkenaan yang seperti sistem Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja yang mempunyai pinjaman PTPTN secara mandatori.

Sumber : twitter

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pihaknya akan mengeluarkan arahan kepada majikan untuk membuat potongan gaji mengikut peratus yang ditetapkan dalam skim PGB

“PTPTN bekerjasama dengan agensi berkaitan antaranya LHDN, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Jabatan Imigresen untuk mendapat maklumat pendapatan dan butiran majikan peminjam.”

“Berdasarkan maklumat diperoleh itu, PTPTN akan mengeluarkan arahan potongan gaji mengikut peratus potongan kepada majikan.”

“Majikan akan bertanggungjawab membuat potongan gaji pekerja bagi bayaran balik pinjaman kepada PTPTN,”.

Majikan Diberi Pelepasan Cukai

 

Wan Saiful berkata, majikan yang melaksanakan skim ini dengan membantu pekerja membayar pinjaman PTPTN secara PGB akan diberi pelepasan cukai bagi jumlah yang dibayar.

Menurut bharian lagi, kelayakan menikmati pelepasan itu merangkumi apa-apa bayaran balik sama ada dibayar secara ansuran setiap bulan atau bayaran sekali gus.

“Syaratnya, majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja selepas pembayaran dibuat.”

“Majikan mungkin boleh menjadikan penyelesaian hutang PTPTN sebagai insentif kepada pekerja cemerlang atau insentif dalam merekrut pekerja baharu.”

“Insentif ini boleh menjadi motivasi kepada pekerja dan pada waktu sama menaikkan reputasi majikan,”

Dtn2Ndpv4Aa7Eva
Sumber : twitter

Berita Baik Kepada Peminjam Khususnya Daripada B40 & M40

 

Ini pula berita baik kepada 225,000 peminjam yang berpendapatan kurang RM2,000 akan menikmati pelepasan pembayaran pinjaman mengikut skim PGB.

“Mereka yang bergaji di bawah RM2,000 sebulan tidak perlu membayar pinjaman PTPTN sehingga gaji mereka melepasi RM2,000.”

“Bayaran balik paling rendah ialah dua peratus yang mana daripada RM2,000 gaji diterima, peminjam hanya perlu bayar RM40 saja.”

Wan Saiful berkata kaedah ini lebih adil kerana dapat memastikan golongan yang kurang berkemampuan tidak terbeban, manakala yang kaya tidak boleh mengambil kesempatan..betul tu, mana yang boleh tolong kita tolong…

Pelajar daripada golongan isi rumah B40 dan M40 yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dan menamatkan pengajian dalam tahun 2019 layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman.

“Namun, syaratnya mereka mengikuti pengajian sepenuh masa, menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan dan daripada keluarga B40 dan M40 ketika tamat pengajian,” 

Kerajaan turut bersetuju melupuskan baki hutang peminjam warga emas jika berpendapatan RM2,00 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga tahun sebelum mencecah umur 60 tahun.

Lepas je PTPTN umumkan skim tersebut, netizen mula menyuarakan pandangan mereka, ada yang menyokong ada juga yang membantah skim PGB yang diperkenalkan.

Twitter 1

Twitter 2
Sumber : twitter

Bagi admin, kalau kita dah berhutang memang jadi tanggungjawab kita untuk bayar balik apa yang kita pinjam.

Harapnya PGB ni boleh la selesaikan semua masalah yang dihadapi PTPTN sebelum ni yer.

Baca : Tuntut janji PTPTN! Graduan Berjubah Sanggup Berjalan Kaki Dari UM Ke Parlimen Demi Tunjuk Protes

Ptptn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.