in

“Wang yang dirampas tu duit Gaza”

Azeez 620X370

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh semalam (23 Mei) apabila kediaman Pengerusi Tabung Haji (TH) dilaporkan diserbu SPRM kerana didakwa terlibat menerima suapan. Susulan daripada serbuan yang dibuat SPRM, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim tampil menjelaskan bahawa wang RM500,000 yang dirampas tu bukanlah wang haram.


Malah lebih mengejutkan katanya wang tu adalah wang yang bakal digunakan bagi misi untuk ke Gaza, Palestin, lapor Malaysiakini. Betul ke ni….

9322A608E9015D929Ffcf81067E1C3C3
sumber: malaysiakini

Azeez yang jugak Anggota Majlis Tertinggi UMNO tu mengesahkan bahawa SPRM ‘melawat’ ke kediamannya di Baling, Kedah dan Subang, Selangor serta ke pejabatnya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Dalam pada tu, dia juga mengaku bahawa sebahagian duit yang ditemui tu adalah peruntukan bagi perbelanjaan UMNO Bahagian Baling.

“Wang berkenaan adalah untuk perbelanjaan ke Gaza, Palestin yang dirancang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

“Wang yang dirampas di Baling pula adalah milik UMNO Bahagian Baling dan ia sepatutnya diberikan kepada rakyat sempena bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi,” jelas Azeez.

Image 8
sumber: utusan online

Selain dari wang tunai, SPRM juga merampas jam tangan dan mata wang asing. Pun begitu, Azeez mendakwa 14 daripada jam tersebut yang berjenama Rolex merupakan jam tangan pasar malam dan gred 3A saja yang dibelinya dekat downtown Kuala Lumpur, lapor The Star. Emm ye ke ni?

“Anggota SPRM bekerja secara profesional dan saya akan beri kerjasama penuh kepada SPRM yang menjalankan siasatan,” katanya lagi.

Pihak SPRM ketika dihubungi mengesahkan pemeriksaan tersebut dan menyatakan jumlah RM500,000 telah dirampas dari kediaman Azeez dari 3 lokasi yang diperiksa. Siasatan ini dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan.

Kalau betul duit untuk Gaza takpelah kan. Tapi kalau bukan… haih tak tahu nak cakap apa. Dah lah awak tu bekas Pengerusi TH. 

Baca: Lebih RM1.2 Juta Dirampas Dari Kediaman Pengerusi Tabung Haji 

32607552 10160502682755438 5655891219188809728 N 120

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.