in

“Korangnya pun memang la awal semuanya wangi” – Dr Fie Bagi Respon Dipertikai Tayang Kebahagiaan

Ft Dr Fie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Fasa menguruskan majlis kahwin selalunya penuh dengan ujian dan dugaan, sampai ada pasangan yang boleh bermasam muka.

Namun, berbeza pula dengan kisah Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Fie yang baru sahaja selamat melangsungkan perkahwinan hujung minggu lalu bersama suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar.


Menerusi laporan yang tular, Dr. Fie meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang sangat memahami dan tidak pernah merungut apatah lagi bertekak sepanjang menguruskan persiapan hari bahagia mereka berdua.

“Ini hantaran penghargaan je…”

Susulan laporan tersebut yang menarik perhatian netizen, Dr. Fie tampil memberikan reaksi bersahaja dan realistik menerusi satu hantaran di akaun media sosialnya.

Sambil berseloroh, beliau mengakui lumrah awal perkahwinan memang semuanya terasa manis dan indah.

“Korangnya pun.. memangla awal-awal semuanya wangi. Ini adalah hantaran penghargaan saya buat suami sewaktu sepanjang kami uruskan wedding kami sampailah hari kejadian.. tu je..,” tulisnya bersahaja.

Screenshot 2026 11 04 165849

Walau bagaimanapun, Dr. Fie turut menitipkan harapan agar keharmonian dan sikap tolak ansur itu berkekalan sampai bila-bila, selain meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mahligai yang baru dibina.

“Tapi saya harap mcm ni lah selamanya. Ni during preparation je. Doa yg baik2 je lah ok?” tambahnya lagi.

Kenyataan ini diberikan kerana sebelum ini, Dr Fie ada memuji sikap suaminya yang penyabar dan sanggup melayan kerenahnya dengan tenang. Dilaporkan, ramai yang memberikan reaksi kurang senang melihat gayanya terlalu menyayang kebahagiaan.

Terdahulu, Dr Fie yang juga bekas isteri penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad, 40, selamat bernikah kali kedua dengan Amrul Nizar dalam majlis yang meriah pada Ahad lalu.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.