in

Terkenal Di 100 Negara, Ini Kisah Penjual Kereta Terpakai Dapat Ilham Asaskan Snek Mamee

Ft Kisah0Mamee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, terdapat satu berita mendukacitakan buat rakyat Malaysia berkenaan dengan ‘pemergian’ pengasas untuk produk Mamee, Pang Chin Hin yang telah meninggal dunia.


Menurut FMT, Phang Chin Hin disahkan meninggal dunia di usia 96 pada pagi Sabtu lepas. Banyak sumbangan beliau kepada para suri rumah dan zaman kanak-kanak kita kerana snek enak yang  memberikan nostalgia dan ia masih menjadi dambaan sehingga ke hari ini.

Bagi mengenang jasa beliau, disini min nak ceritakan perjalanan hidupnya dalam mengasas produk-produk jenama Mamee.

 

Penjual kereta terpakai

Screenshot 2022 11 07 191510

Pada asalnya sekitar tahun 1971, rakan Chin Hin mengajaknya untuk mengusahakan produk mee segera, ini kerana kawannya menyatakan bahawa produk mee segera ini akan ada masa depan yang cerah berbanding dengan jual kereta terpakai.

Beliau yang tak tahu apa-apa pasal mee segera pada waktu itu terus buka kilang kecil-kecilan untuk menghasilkannya. Sebagai agenda untuk memperluaskan lagi empayar perniagaannya, beliau menghantar anak lelakinya Tee Chew belajar dan bekerja di sebuah kilang mee segera di Jepun.

Tee Chew kemudiannya diberikan tanggungjawab untuk melakukan tugas pemasaran sejurus sahaja pulang sementara Chin Hin akan fokus pada bahagian produksi.

 

Tercetus idea buat snek Mamee 

Menurut sumber, pada awalnya, produk tersebut dinamakan Lucky, tetapi ianya tidak membawa tuah kerana saingan yang begitu sengit iaitu Cintan dan Maggi.

Malah sambutan yang diberikan tidaklah memberangsangkan dan pihak bank juga enggan memberikan pinjaman.

Mee segera itu berubah menjadi snek apabila dia ternampak  sekumpulan kanak-kanak tengah makan mee segera yang tidak dimasak. Maka tercetuslah snek Mamee Monster yang kita selalu makan tu.

Nama Mamee itu diilhamkan daripada ayat ‘mommy’ yang disebut oleh kanak-kanak ketika bersama ibu mereka ketika itu.

Screenshot 2022 11 07 191337

Dengan revolusi tersebut, jenama Mamee mula mula meraih kejayaan sehingga kini, kilang mereka yang terletak di Melaka adalah antara yang terbesar di Malaysia dan produk mereka akhirnya telah memasuki pasaran 80 buah negara di seluruh dunia!

Malah sekarang ini, perniagaannya telah berkembang kepada produk-produk lain yang terkenal seperti snek cip kentang Mister Potato!

Malah, bermacam-macam produk yang telah dihasilkan di pasaran dan syarikat ini telah menjadi sebuah syarikat Malaysia dengan kepentingan dalam sektor perkilangan, pemasaran dan pengedaran makanan ringan dan minuman.

Pada tahun 2014, ibu pejabat syarikatnya sudah mula  bertapak di Melaka dan mempunyai pejabat di Subang, Selangor.

Screenshot 2022 11 07 190944

Produk keluaran Mamee sudah dieksport ke hampir 100 negara, antaranya Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, Lubnan, Argentina, Thailand dan Singapura. Sehingga kini, Mamee mempunyai lebih 200 produk makanan dan minuman di pasaran tempatan dan luar negara.

Antara jenama produk keluaran Mamee termasuklah Mamee Monster, Mister Potato, Mamee Chef, Perfecto, Double Decker, Corntoz, Lite-Yo, Mamee Cool Tea, Nutrigen dan yang terbaru, Mamee Monster Biskidz.

Baca : “Rezeki tu bukan milik kita je” – Lelaki Ini Kongsi Pesanan Bosnya, Buat Netizen Terkesan

Polis Tolong

Sumber: FMT
Sumber: Mamee
Sumber: Forum Cari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.