in

Bawa Pelajar Buta Tonton Mat Kilau? Ramai Persoal Tapi Ini Rupanya Cara Mereka Tengok Wayang

Buta Tonton Mat Kilau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun sudah lebih dari sebulan ditayangkan, filem Mat Kilau masih menjadi pilihan tontonan di panggung wayang tak kiralah di kalangan mereka yang sudah berusia mahupun muda remaja.


Baru-baru ini, 108 pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Setapak telah dibawa mengikuti dan menonton filem Mat Kilau di pawagam Wangsa Walk, Kuala Lumpur semalam, lapor Bernama.

Rata-rata pelajar ini digambarkan sangat teruja menonton filem tersebut, namun terdapat kata-kata tak sedap didengar yang mempertikaikan tindakan membawa pelajar buta menonton wayang kerana ia sesuatu yang dianggap ‘agak aneh’.

Buta Tonton Mk

Orang buta rupanya boleh tonton wayang dengan cara ini… 

Walau bagaimanapun sangkaan kebanyakan netizen yang mengatakan orang buta tak boleh tengok wayang itu sebenarnya salah.

Menerusi perkongsian seorang netizen, bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan panggung wayang akan menggunakan teknologi “Audio Description” (AD) bagi menggambarkan setiap babak dalam filem itu secara lisan kepada penonton.

Malah menurut The Star, panggung wayang seperti TGV juga pernah menggunakan teknologi AD ini pada tahun 2020.

Satu audio akan menarasi apa yang berlaku di skrin pawagam termasuklah dari segi body language, ekspresi wajah dan latar tempat supaya mereka yang cacat penglihatan ini boleh menikmati filem tersebut.

Bagi yang masih keliru cara-caranya, haa boleh tengok video kat bawah ni…

So bagi yang tertanya-tanya macam orang buta boleh tengok wayang tu… terjawab sudah persoalan korang ye. 

Baca: Filem Mat Kilau Kutip RM90 Juta, Penerbit Nak ‘Reward’ Kru Produksi Pergi Tunai Umrah, Tawar Biasiswa Untuk Anak Yatim

Mat Kilau

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.