in

“Orang minta tolong sama you, you tak mau tolong!” – Penduduk Berang Tengking ADUN DAP Pulau Pinang

Gasaklah Bergaduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Orang minta tolong sama you, you tak mau tolong!" - Penduduk Berang Tengking ADUN DAP Pulau Pinang
Loading
/

Belum lagi selesai masalah banjir yang menimpa penduduk di Pulau Pinang, kini timbul isu baru  mendakwa ADUN negeri tersebut telah meminggirkan nasib mangsa yang memerlukan bantuan.


Semalam, tular sebuah rakaman video di Facebook menunjukkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai kariah kampung Jalan P Ramlee, Pulau Pinang menengking ADUN DAP, Jagdeep Singh Deo yang sedang melawat kawasan berkenaan.

Entri di media sosial itu tiada lain menjelaskan bahawa kedatangan Yang Berhormat Jagdeep ke Masjid Rawana hanyalah untuk bergambar kerana beliau telah mendermakan 100 bungkus nasi kepada mangsa banjir.

Capture 20171107 163802
sumber: facebook

Namun hakikatnya beberapa hari sebelum kejadian, lelaki berkenaan telah meminta Jagdeep untuk mendapatkan bantuan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menghantar lori tangki air bagi mencuci masjid yang kotor akibat diselaputi lumpur banjir, lapor Malaysian Digest.

Walau bagaimanapun, Jagdeep telah memberi jawapan yang mengecewakan dengan berkata dia ‘tiada kuasa’ untuk berbuat demikian. Melalui rakaman tersebut, lelaki berkenaan dalam keadaan berang telah menengking Jagdeep dengan berkata,

“Saya minta YB panggil Jabatan Bomba…. YB kata dia tiada kuasa nak panggil Jabatan Bomba.

“Saya sendiri pergi ke Jabatan Bomba, jumpa Tuan Ismail, Pengarah Bomba Datuk Keramat. Lepas 20 minit Bomba boleh datang. Sebab apa you tak boleh buat kerja? Sekarang kenapa you datang? Nak cuci apa?”

Capture 20171107 163954
sumber: facebook

Pun begitu, difahamkan Jagdeep telah datang ke lokasi bersama lori tangki air MBPP dan hanya mencuci bahagian hadapan masjid. Bukannya bahagian dalaman masjid seperti diminta lelaki yang amuk itu.

“Saya minta (tolong) sama you untuk cuci masjid, bukan cuci jalan. Semalam pasal apa you tak mahu cuci? You cakap sama saya,” soal lelaki berkenaan.

Capture 20171107 164155
sumber: facebook

Meskipun diasak berkali-kali, ADUN DAP tersebut masih kelihatan tenang dan menjelaskan bahawa dia mempunyai tugas di kawasan lain tetapi alasannya tidak diterima lelaki tersebut.

“You penipu. You cakap benda betul la. Orang minta tolong sama you, you tak mau tolong,” tuduh lelaki itu.

Namun begitu, tidak diketahui apakah kesudahan kepada drama yang berlaku di hadapan masjid tersebut kerana Jagdeep dilihat meninggalkan kawasan kejadian dan lelaki itu ditenangkan oleh beberapa penduduk tempatan.

Difahamkan Jalan P Ramlee adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas banjir selain daripada beberapa tempat seperti Kampung Masjid, Sungai Pinang, Jalan Kebun Lama, Lebuh Carnovan, Jalan Anson dan Halaman Bukit Gambir.

Banjir1
sumber: utusan online

Malah Jalan P Ramlee juga telah merekodkan kematian melibat dua warga emas pada hari pertama bencana berlaku. 

Hmm agaknya ramai yang tertekan sebab bencana melanda secara tiba-tiba kot? Walau apapun, lebih baik duduk berbincang daripada marah-marah dan tidak selesaikan masalah.

Baca: “Derma RM50 ribu? Tak patutlah!” – Sumbangan Kelantan Bantu Mangsa Banjir Dipertikai Netizen

Banjir1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.