Memang tak dapat kita nafikan sejak media sosial ni digunakan secara meluas, ia bantu kita untuk terokai lebih banyak benda yang mungkin kita tak tahu. Selain itu, kewujudan aplikasi seperti Facebook, Twitter, dan Instagram membuatkan kita lebih tahu tentang isu-isu berlaku di dunia.
Turut tak ketinggalan aplikasi TikTok yang jadi trend zaman sekarang untuk kongsi tentang pekerjaan, memasak, ootd, dan macam-macam lagi. Seperti seorang lelaki ini, dia gunakan aplikasi tersebut untuk serlahkan bakatnya yang kreatif.
Selalu buat transition ala-ala K-pop
Seorang pemuda Indonesia ini menjadi viral baru-baru ini kerana effort nya untuk membuat video transisi berfesyen ala-ala artis K-pop.
Menerusi perkongsiannya di akaun @bobocu.id, pemuda tersebut amat meminati fesyen dan sering memuat naik konten berpakaian seperti artis Korea sambil memakai pelitup muka berwarna hitam. Hinggakan ada yang mengatakan style Bobocu persis seperti watak Han Seo-Jun dalam drama True Beauty yang jadi kegilaan ramai sebelum ini.
Berikut adalah antara video yang dimuat naik di akaunnya hingga ada yang peroleh lebih dari 10 juta views. Hebat gila!
@bobocu.id editin jedug jedug ,pomade by @tezzengrooming #fyp
@bobocu.id coba make up Han Seojun /mua @hiyukimomo
@bobocu.id
@bobocu.id Balas @irez_wahyuni mau di tampol ?? #TikTokFashionMonth #outfit #transisi #FashionBeauty101
@bobocu.id pasti kaget ? #fyp #transisi #hanseojun
Jadi tetamu rancangan, tapi dihina?
Disebabkan oleh populariti yang diraih, Bobocu telah dijemput untuk menjadi tetamu undangan bagi rakaman sebuah rancangan realiti popular di Indonesia.
Dia yang hadir ke set rakaman tersebut berpakaian seperti artis Korea hingga membuatkan juri-juri rancangan itu berasa kagum. Di samping itu, dia turut memakai topeng muka watak Han Seo-Jun tersebut.
Lalu dia diminta untuk membuka topeng dipakai, namun salah seorang pengacara tersebut memberikan komen yang agak pedas kepada pemuda berasal dari Jawa Barat itu
“Aduh siapa sih yang bilang mirip tu”.
Namun pemuda tersebut tetap tenang, dan meneruskan rakaman tersebut serta mengikut segala perkara yang diminta oleh pengacara itu.
“Melampau sangat ayat pengacara ni”
Walau bagaimanapun di ruangan komen akaun YouTube TRANS TV, para netizen dilihat tidak berpuas hati dengan cara pengacara-pengacara tersebut. Hingga ada mengatakan bahawa mereka sengaja membuat pemuda itu sebagai bahan jenaka semata-mata.
Biar orang nak kata apa. yang penting kita percaya diri!