in

7 ‘Miniseries’ Paling Popular Sekarang Yang Korang Boleh Layan Hujung Minggu Ni

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang ramai orang tak berapa suka nak mulakan sesuatu TV series sebab biasanya ceritanya panjang dan mempunyai banyak season. Selain tu, nak tengok siri yang panjang ni pula memerlukan komitmen yang tinggi.


Jadi, kalau korang jenis yang macam ni, apa kata korang tengok beberapa miniseries yang tengah popular sekarang ni. Kalau korang nak tahu, siri mini merupakan siri TV yang terdiri daripada beberapa episod namun ia akan menceritakan keseluruhan kisahnya dalam satu season sahaja.

Jom tengok apa miniseries yang tengah popular sekarang ni untuk korang binge sampai habis di waktu hujung minggu.

1. Baby Reindeer – Netflix

Cerita miniseries terhangat sekarang merupakan Baby Reindeer yang kini sedang ditayangkan di Netflix.

Kisah dari Richard Gadd yang turut dilakonkan olehnya dengan memegang watak sebagai Donny Dunn ini menceritakan sendiri tentang pengalamannya berurusan dengan seorang wanita yang obses dan gemar menghendapnya. Wanita ini telah mengganggunya dengan menghantar pelbagai e-mel serta turut melakukan beberapa tindakan yang di luar jangkaan.

Drama yang mempunyai tujuh episod ini memang dipuji dengan ceritanya yang kuat serta lakonan yang mantap dan turut disertai dengan pelbagai twist.

2. Shogun – Disney+ Hotstar

Adaptasi asal novel terlaris Jame Clavell ini akan membawa korang kembali semula ke zaman 1600 di Jepun, iaitu ketika terdapat ura-ura akan berlaku perang sivil.

Kisah Shogun bermula apabila sebuah kapal Eropah misteri ditemui terdampar di sebuah perkampungan nelayan berhampiran. Kapten kapal, John Blackthorne telah datang membawa rahsia yang boleh membantu Lord Yoshii Toranaga meningkatkan kuasanya untuk mengalahkan musuh bersama mereka iaitu paderi Jesuit dan pedagang Portugis.

3. Ripley – Netflix

Ripley merupakan adaptasi dari buku Patricia Highsmith pada 1955 bertajuk The Talented Mr. Ripley.

Siri terhad ini menceritakan tentang seorang con artist Tom Ripley yang telah diupah oleh seorang hartawan untuk membawa pulang anaknya, Dickie dari Itali. Tom telah menyamar menjadi seorang ekspatriat Amerika yang kaya dan telah berkawan dengan Dickie namun niatnya dicurigai oleh teman wanita Dickie, Marge. Tom kemudiannya telah menjadi buruan pihak polis di sana ketika dia menyamar menjadi Dickie di Rome.

Ripley yang ditayangkan dalam bentuk hitam putih ni pasti akan buat korang tak senang duduk sepanjang menontonnya.

4. Under The Bridge – Disney+ Hotstar

Under The Bridge merupakan cerita mengenai pembunuhan sebenar yang berlaku kepada remaja berusia 14 tahun.

Reena Virk, seorang remaja berusia 14 tahun telah pergi bersama kawan-kawannya ke sebuah parti namun tak pernah pulang semula selepas itu. Tujuh remaja perempuan dan lelaki telah dituduh melakukan pembunuhan kejam tersebut.

Dua episod pertama cerita ini menunjukkan apa yang berlaku sebelum kematian Reena manakala selebihnya menceritakan tentang siasatan yang dijalankan.

5. 3 Body Problem – Netflix

Drama sci-fi dari pencipta Game of Thrones ini telah menjadi sebutan orang ramai. Ia diambil dari buku oleh pengarang sci-fi China, Liu Cixin.

Kisah ini menceritakan tentang satu kumpulan yang cuba untuk menyelesaikan misteri yang telah menyebabkan ramai saintis dunia bunuh diri. Satu projek rahsia telah menghantar signal kepada angkasa lepas untuk berkomunikasi dengan makhluk asing. Makhluk asing yang hampir musnah ini telah menerima signal tersebut dan merancang untuk menceroboh bumi.

6. One Day – Netflix

Siri ini merupakan remake kepada filem dengan nama sama yang pernah dilakonkan oleh Anne Hathaway pada tahun 2011.

Ia mengisahkan tentang dua karakter Em dan Dex yang telah bertemu pada 1988 ketika graduasi. Mereka kemudiannya telah berjumpa dengan satu sama lain pada hari yang sama setiap tahun sehingga mereka menjadi orang yang penting dalam hidup masing-masing.

7. The Crowded Room – Apple TV

Siri yang mempunyai 10 episod ini menampilkan pelakon hebat Tom Holland dan Amanda Seyfried.

Ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah ditangkap kerana penglibatannya dalam tembakan di Bandar New York. Tak seperti cerita tipikal, siri ini menceritakan tentang zaman kanak-kanak karakter utama untuk menunjukkan kepada penonton bagaimana dia boleh menjadi seperti itu.

Sumber: imdb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.