in

“Why la still tak faham faham” – Joging & Berkumpul di Jambatan Yang Ditutup, 54 Individu Dikompaun RM2,000

Ft Kompaunklang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan aduan yang diterima daripada orang awam semalam, polis Klang telah bertindak mengeluarkan kompaun terhadap 54 individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) total lockdown.


Menurut Awani, kesemua individu tersebut didapati berjoging dan berkumpul di Jambatan Raja Muda Nala yang ditutup dan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata pihaknya telah menjalankan tinjauan pada jam 6 petang.

Tinjauan dijalankan kira-kira jam 6 petang mendapati terdapat ramai orang awam telah meletak kenderaan berdekatan tempat halangan batu di lokasi berkenaan.”

Selain itu terdapat aktiviti berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang telah ditutup.”

Katanya lagi, sehubungan dengan itu pihaknya telah mengenakan kompaun bernilai RM2,000 setiap seorang daripada mereka yang berada di lokasi aduan.

Orang ramai dinasihati untuk mematuhi SOP total lockdown yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar dapat bersama mengekang penularan Covid-19 ketika ini.

Baca: Tular Pekerja Dikompaun Gara-gara Tak ‘Update’ Profil MySejahtera, KP MKN Kata Tak Perlu Kecuali…

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.