Mereka yang menuju ke destinasi yang jauh kebiasaannya akan menggunakan kapal terbang sebagai medium pengangkutan. Ia lebih selesa, pantas dan selamat jika mahu dibandingkan dengan pengangkutan darat.
Kemalangan melibatkan kapal terbang juga jarang dilaporkan berbanding dengan pengangkutan jenis lain. Ini adalah disebabkan ciri keselamatan pada kapal terbang dicipta untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang tidak diingini.
Selain daripada topeng oksigen dan tali pinggang yang ada pada kerusi penumpang, sebenarnya terdapat ciri lain yang dicipta khas untuk keselamatan kapal terbang tanpa anda sedari.
Berikut adalah 7 benda ‘misteri’ yang dicipta untuk keselamatan kapal terbang dan penumpang:
1. Simbol segi tiga pada dinding
Jangan risau, simbol ini bukanlah agenda Freemason meskipun ia berbentuk segi tiga. Simbol ini ciri keselamatan yang diletakkan selari dengan posisi sayap kapal terbang.
Kebiasannya simbol ini berwarna hitam atau merah.
2. Ruang bagasi ada ciri keselamatan
Jika anda perasan, pramugari dan pramugara kadang-kala mengangkat tangan mereka apabila lalu di dalam kapal terbang. Itu bukan kerana mereka ‘poyo’, tapi ada ciri keselamatan yang dicipta tanpa kita sedar.
Di ruang bagasi, terdapat susur tangan yang membantu mereka berjalan dengan stabil semasa dalam penerbangan. Susur tangan ini juga boleh digunakan oleh penumpang untuk bangun dari kerusi, tanpa perlu memegang kerusi di hadapan mereka.
3. Kerusi kalis api
Federal Aviation Administration telah menetapkan peraturan di mana setiap bahan yang digunakan di dalam kapal terbang mestilah diperbuat daripada bahan kalis api.
Sebagai contoh, kusyen adalah bahan mudah terbakar. Untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, bahan untuk kusyen telah dicipta dengan bahan yang selamat.
4. Guna ‘cable tie’ sebagai gari
Jika berlaku situasi yang tidak diingini melibatkan penumpang, kru kapal terbang dibenarkan untuk menggunakan ‘cable tie’ sebagai pengganti gari tangan. Ini hanya akan digunakan jika penumpang bertindak di luar kawalan.
Sebagai contoh, seorang penumpang cuba untuk membuka pintu kapal terbang dan mencederakan orang lain. Jadi, ‘cable tie’ akan digunakan untuk meredakan keadaan sehingga kapal mendarat.
5. Cangkuk kuning kecil pada sayap
Jika berlaku sesuatu pendaratan kecemasan, situasi yang tidak dijangka akan memaksa penumpang untuk keluar menerusi pintu kecemasan.
Bagaimanapun, ia adalah terlalu tinggi dan bahaya untuk mereka lompat terus ke darat. Cangkuk tersebut akan digunakan untuk mengikat tali dari arah pintu ke cangkuk.
6. Ruang atas kepala penuh dengan bahan kimia
Kapal terbang tidak menggunakan tong oksigen untuk memberi oksigen kepada penumpang kerana tekanan yang tinggi di udara.
Sebagai ganti, terdapat satu ruang di atas kepala penumpang yang menyimpan bahan kimia dan mampu menghasilkan oksigen apabila dibakar.
7. Hon kapal terbang
Pasti anda pelik, kapal terbang nak hon apa di udara sana? Sebenarnya, fungsi hon akan ditutup semasa penerbangan kerana juruterbang hanya menggunakan hon ketika di darat sebagai isyarat komunikasi.
Terdapat beberapa jenis bunyi hon yang membawa maksud berlainan agar mekanik di bawah tahu kerosakan yang sedang berlaku.
Lepas baca 7 tentang ciri keselamatan ini, mana satu yang buat anda terkejut? Kongsikan di ruangan komen!
Sumber: Brightside
BACA: Menakutkan! Pintu Kecemasan Kapal Terbang Tercabut Sebelum Take Off