in

“Ibu cakap jangan risau..” – Aliff Aziz Maklum Ibunya Tak ‘Judge’ Bila Bella Kantoi Curang

Aliff Aziz Ibu Tak Judge Bella

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan netizen di media sosial selepas muncul dalam satu video podcast setelah lama menyepikan diri.

Menerusi video podcast The Common Folks, Aliff memberitahu dia ada menghubungi ibunya iaitu Siti Hafiza untuk meluahkan masalah rumah tangganya selepas mengetahui kecurangan yang dilakukan oleh Bella Astillah.


Menurut Aliff, ibunya langsung tidak menghakimi tindakan Bella malah menerima perkara itu dengan lapang hati.

553

Artikel berkaitan: “Airmata dan lakonan yang hebat…” – Ibu Aliff Aziz Muat Naik ‘Posting’ Menyindir?

Artikel berkaitan: Ibu Aliff Aziz ‘Unfollow’ Bella Astillah, Netizen Minta Henti ‘Back Up’ Anak

Terdahulu, timbul dakwaan Bella juga curang dengan menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.

“Saya telefon ibu bapa saya selepas dapat tahu perkara itu, saya kecewa, ibu bapa saya sangat risau ketika itu.

“Dan ibu cakap, jangan risau Bella, umi tak judge Bella atau apa-apa benda.

“Umi minta kami anggap semua yang terjadi ini ada hikmah dan berdoa semua ini berjalan dengan lancar dalam apa sahaja keputusan yang kami akan buat,” katanya.

Screenshot 2024 05 03 102704

Dedahnya, perbincangan bersama Bella dan keluarga berlaku dengan tenang dan dia juga telah memaafkan kesalahan Bella. Baginya, apa yang berlaku ini sebagai satu kifarah kesalahannya terhadap Bella.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.