in

Menakutkan! Pintu Kecemasan Kapal Terbang Tercabut Sebelum Take Off

Fi Pintu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesetengah orang, naik kapal terbang ni perkara yang best tapi lain pula bagi segelintir orang yang takut tinggi. Macam min tak takut cuma kurang berani hehe.


 

Pintu tercabut

Baru- baru ni beberapa orang penumpang sebuah kapal terbang di Minneapolis, Amerika Syarikat, berdepan detik cemas apabila pintu kecemasan tercabut ketika nak take off.

Menurut UNILAD, kapal terbang kecil berkapasiti lapan tempat duduk pada ketika itu nak take off dari lapangan terbang sebelum seorang penumpang perasan yang pintu kecemasan tersebut ‘terbang’. Memang terkejut lah member citenya.

Nasib baik tiada siapa yang tercedera dalam insiden itu, dan kapal terbang tersebut sempat berhenti sebelum ia berlepas.

Fi Pintu 1

 

Terdengar bunyi kuat

Seorang penumpang dikenali sebagai Tom Yon ada menceritakan situasi ketika itu kepada WUPM. Dia memberitahu bahawa terdapat bunyi kuat dan tiba-tiba pintu terus terbang. Dia turut menambah bahawa begnya turut disedut keluar dari kapal terbang, sebelum dia dapat kembali sejam kemudian.

“Kami baru nak berlepas, saya tak tahu mungkin 100 batu (160km) per jam, dan pintu terus terbang, ada bunyi bang! kuat, pintu tiada dan ada bunyi bising, angin dan banyak lagi.

“Saya tak nampak beg saya disedut keluar dari kapal terbang. Saya adanya di sini, betul2 disini sebelum disedut keluar. Mereka pulangkan kembali pada saya kira-kira sejam selepas nak berlepas.”

 

Juruterbang dipecat 

Pegawai Suruhanjaya Lapangan Terbang Metropolitan menilai situasi selepas kejadian tersebut. Mereka mengesahkan bahawa kapal terbang tersebut tidak sempat berlepas dari landasan, dan kapal terbang tersebut terus kembali ke tempatnya.

Walaupun tiada penumpang cedera, syarikat tersebut dikritik teruk. Selain itu, mereka mengesahkan bahawa kedua-dua pilot tak siapkan checklist sebelum penerbangan. Akhirnya, kontrak kedua-dua mereka tersebut ditamatkan.

Nasib baiklah pintu tu takde kena siapa-siapa, kalau tak. Tak tahu macam mana jadinya.

 

Baca : “Kapal Terbang Legend!” – Kenali 4 Syarikat Penerbangan Yang Dah Wujud Selama Hampir 100 Tahun

Foot Pintu

 

 

Sumber: WUPM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.