Nampaknya sekarang ni kita kena lebih berhati-hati, jalan sesak bahkan ada roadblock sekalipun belum tentu dapat menjamin keselamatan kita.
Buktinya pagi tadi ada kes ragut di Gombak dimana ada peragut buat satu tindakan berani mati.
Pecah kereta orang, ragut dekat tempat ada roadblock!
Menurut perkongsian @AsalGombak, info mengatakan bahawa mereka memecahkan cermin kereta dan meragut beg yang ada di dalam kereta tersebut walaupun ada roadblock di hadapan!
Selepas melakukan perkara tersebut, kedua-dua peragut ini cuba melawan arus namun seorang pemandu treler pantas bertindak dengan membuka pintu dan menyebabkan motor suspek terbabas.
Kemudian suspek cuba nak larikan diri ke seberang jalan. Bagaimanapun mereka berjaya dikejar dan ditangkap
PERAGUT TUMPAS DI TOL GOMBAK
Dua orang peragut berjaya ditumpaskan pagi ni di sekitar Tol Gombak.
Info mengatakan mereka memecahkan cermin kereta dan meragut beg yang ada di dalam kereta tersebut walaupun ada roadblock di hadapan. pic.twitter.com/OAiaDXP9tT
— Asal Gombak (@AsalGombak) January 22, 2021
Ramai netizen yang puas hati dan ‘padan muka’ kan mereka berdua.
Nak meragut biar cerdik sikit – Netizen
Kalau min tak tahu lah nak marah ke, kelakar ke, puas. Ragut dekat tempat roadblock, lawan arus pula tu. Haihhhh!! Apa pun. sekali lagi min pesan berhati-hati lah musim PKP ni kereta tak banyak mungkin nak jadi ancaman golongan ini lagi mudah.