in

“Tak betul” – Hishammuddin Nafi Khabar Angin Positif COVID 19, Kini Sedang Jalani Kuarantin Rumah

Onns

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, bertebaran khabar angin di media sosial yang mengatakan seorang menteri dilaporkan positif COVID 19.


Hush Hush

Tidak mahu isu berpanjangan dan menjadi bualan netizen ramai, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn telah memuat naik tweet yang mengatakan beliau negatif wabak tersebut. 

Menerusi posting tersebut, Hishammuddin menjelaskan bahawa terdapat khabar angin yang mengatakan beliau positif COVID 19 dan perkara tersebut tidak benar. 

https://www.instagram.com/p/CFrBvzEHEGB/

Menurutnya lagi, pada 22 September lepas, dia pulang dari Sabah dan menjalani test COVID 19 yang pertama di KLIA2 dan mendapat keputusan negatif.

Dia kemudian menjalani ujian kedua pada 28 September lalu iaitu 8 hari selepas ujian pertama dan keputusannya tetap negatif.

Seperti yang diarahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Hishammuddin kini sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah untuk mengelakkan sebarang penularan wabak tersebut.

Bersama penjelasan itu, beliau juga muat naik keputusan kedua-dua ujiannya ke laman Twitter.

Uish tak baik gosip-gosip ni! Apa-apapun admin mendoakan semoga datuk seri baik-baik saja. Amin. 

Baca: Baru Pulang Dari Empat ‘Zon Merah’ Ini? KKM Nasihat Untuk Buat Ujian COVID 19 Sebagai Langkah Berjaga-jaga

Sabah 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.