Kemelut rumah tangga pasangan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai di Mahkamah Sesyen pagi ini apabila suami Youtuber terbabit, M. Sugu mengaku tidak bersalah memiliki senjata berbahaya di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada Selasa lepas.
Menurut The Star, peguam Sugu, Mahinderjit Singh berkata, Pavithra juga telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap suaminya pada Rabu lepas (22 Julai 2020).
Tambah peguamnya lagi, kes ini hanyalah berkaitan salah faham suami isteri dan mereka berdua juga sudah mempunyai dua anak berusia 2 dan 8 tahun.
“Isterinya hanya mampu membayar ikat jamin antara RM5,000 dan RM10,000,” kata Mahinderjit.
Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffy Ismail memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan tetapi peguam Mahinderjit Singh memohon jaminan kerana ia merupakan kes keganasan rumah tangga.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh dikehendaki melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.
Mahkamah juga menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.
M. Pavithra, 28, yang turut berada di mahkamah dilihat sedang serius berbincang dengan peguamnya dan enggan memberi sebarang ulasan kepada wartawan.
Kita doakan yang baik-baik saja buat pasangan ini.
Baca: Suami Youtuber Masakan Terkenal Didakwa Di Mahkamah Majistret Ipoh Sebab Mencederakan Isteri