in

“Kalau aku mati, korang semua kena mati sekali” – Pesakit ‘Kurang Ajar’ Koyakkan Mask & Ludah Muka Jururawat Di China

Collage 56

Kita semua memang takut kalau terkena jangkitan coronavirus yang tengah menular sekarang ni. Makin hari, makin ramai orang disahkan terkena penyakit ini dan setakat ini jumlah kematian pun dah meningkat sebanyak 106 orang.

Lebih menyedihkan lagi, jururawat dan doktor yang bertungkus lumus merawat dan membendung penyakit ini turut ada yang maut.

Bukan tu je, sebabkan dorang terlalu sibuk uruskan pesakit-pesakit dekat hospital, dorang sampai kena pakai lampin sebab tak ada masa nak ke tandas. Namun, tak semua orang appreciate apa yang dorang dah buat.

Skynews China Wuhan Coronavirus 4902512
Gambar hiasan

Contohnya macam kes yang berlaku di Shijiazhuang, Hebei ni. Menurut Yahoo TW, seorang netizen telah kongsikan perbualan dia dan rakannya yang bekerja di hospital.

Menurut netizen tersebut, kawannya tak dibenarkan untuk mengambil cuti semasa Tahun Baru Cina kerana hospital memerlukan semua staf untuk bekerja.

Ketika wanita ini bekerja di hospital tersebut, dia telah berjumpa dengan seorang pesakit yang mengalami demam. So, dengan baik hatinya, dia telah memberikan pesakit ni topeng bagi mengelakkan dia dijangkiti atau menjangkiti pesakit lain.

Ramai orang sakit dekat hospital. Jadi, sebabkan awak sakit dan imunisasi awak lemah, awak kena pakai topeng ni untuk halang awak dari tambah sakit.”

Coronavirusa1 1580003619
Gambar hiasan

Tiba-tiba lelaki ni jadi gila dan mula mengamuk. Dia menjerit, “saya dah sakit, nak buat apa pakai topeng sekarang?”

Tak cukup dengan itu, lelaki ini kemudiannya bangun, buka topeng wanita malang tersebut dan ludah mukanya. Eh kurang ajarnyaaa

Pesakit tersebut kemudiannya mengatakan, “kalau aku tak boleh hidup, korang semua kena mati dengan aku.”

200123 Coronavirus Ac 931P F1Dd6B6E062632Ec6Fde4237706Ccdc2
Gambar hiasan

Dikatakan, lelaki ini bengang kerana barang perubatan tak cukup. Bagi staf perubatan itu pula, dia memberitahu rakannya, sepanjang dia bekerja, ini pertama kali dia menangis dan perlu dikuarantin selepas mukanya diludah. Pun begitu, wanita malang ini kekal optimis dan mengharap lelaki tersebut hanya mempunyai demam biasa.

Dalam peristiwa lain di Wuhan pula, seorang doktor turut mengalami pengalaman yang sama. Dikatakan, keluarga seorang pesakit telah naik angin dan koyakkan baju pelindung yang doktor tersebut pakai.

Kenapa awak pakai baju ni? Kalau saya kena mati, korang semua kena mati sekali.”

Kejadian yang dah tular di media sosial ini membuatkan orang ramai marah dan mengecam tindakan selfish pesakit-pesakit ini. Ramai netizen meminta orang ramai untuk menghargai apa yang staf perubatan dah lakukan dan bukan bertindak kurang ajar seperti ini.

Dorang pun dedahkan diri dengan bahaya. Janganlah ambil mudah tugas dorang. Haih…

 

Baca: “Ada doktor sendiri dah berjangkit daripada patient” – Staff Hospital Diarah Pakai Lampin Dewasa, Terlalu Sibuk Untuk Ke Tandas

Screenshot 2020 01 28 At 3.22.13 Pm