in

“Malaysia dapat keper bangang, sebab tu hancur” – Eyra Hazali Maafkan Individu Yang Hina Suaminya Secara Terbuka

Feature Image Eyraa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni banyak pula isu berbangkit semasa berlangsungnya Sukan SEA kali ke 30 yang berlangsung di Filipina.


Terbaru, semalam telah berlangsungnya perlawanan bola sepak diantara pasukan Malaysia menentang  Kemboja dan malangnya pasukan negara kita telah tewas.

Pasukan kemboja mengalahkan skuad B-22 dengan jaringan 3-1.

Disebabkan kecewa dengan kekalahan pasukan Malaysia itu, ada individu yang memuat naik komen menghina dan memarahi penjaga gol yang dikatakan kurang cekap.

Keeper Bangang
Sumber: twitter

Individu tersebut sepertinya menyalahkan penjaga gol Malaysia diatas kekalahan ketika menentang pasukan dari Kemboja.

Pada mulanya, isteri kepada penjaga gol skuad B-22, @Eyra Hazali ada memuat naik tweet bertanya mengenai keadaan cuaca di Manilla. Tapi entah kenapa, individu berkenaan meninggalkan komen sebegitu dekat tweet Eyra.

Tindakan individu yang menghina suami Eyra itu telah menerima kecaman daripada netizen yang mengatakan bahawa dia tidak sepatutnya mencampurkan kehidupan peribadi dengan prestasi semasa perlawanan.

Keji 1
Sumber: twitter

“Kenapa tak jadi keeper gantikan dia je? Tak layak ke?”

Keji 2
Sumber: twitter

Namun begitu, selepas suaminya dihina sebegitu, Eyra tenang membalas tweet individu tersebut dengan mendoakan serta memaafkan individu tersebut.

Kka
Sumber: twitter

Mudahnya dia maafkan orang. Apa pun kalau tak suka atau tak puas hati dengan prestasi sesorang tu tak perlu lah nak hina dan keji sebegitu sekali. Takut-takut nanti berbalik semula dekat diri sendiri je.

 

Baca: “Macam mana dorang check?” – Coach Halang Atlet Gymnast Masuk Sukan SEA Sebab Dia Tak Ada Dara?

Gym

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.