in

9 Lelaki Sudah Ditahan, Ini Punca Pemandu Myvi Dikejar Geng Motosikal

punca geng motor kejar pemandu myvi video tular

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seramai sembilan lelaki berusia antara 13 hingga 21 tahun ditahan di sekitar Puchong dan Shah Alam bagi membantu siasatan insiden tular sekumpulan penunggang motosikal mengejar dan mengepung sebuah kereta Myvi berhampiran Plaza Tol Batu 13.

Menurut laporan, polis memaklumkan enam daripada suspek yang ditahan adalah bawah umur dan kesemua direman selama empat hari untuk disiasat mengikut Seksyan 279 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.


Artikel berkaitan: Tular Video Myvi Diancam Sekumpulan Geng Motosikal, Polis Buru 20 ‘Mat Motor’

Artikel berkaitan: “Macam action movie” – Netizen Puas Hati Polis Guna Taktik ‘Parking Bas’ Halang Geng Motor

Pura-pura telefon polis

Mengulas mengenai kejadian yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pengadu lelaki berusia 52 tahun pada mulanya keluar dari kenderaan yang dihentikan di bahu jalan dengan tujuan berlakon seolah-olah mahu menghubungi polis menggunakan telefon.

“Namun, pengadu tidak membuat panggilan dan hanya berpura-pura seakan-akan ingin menelefon. Ketika itu, salah seorang daripada kumpulan penunggang motosikal terbabit bertanya kepada rakan pengadu sama ada mereka anggota polis.

“Bimbang keselamatan, mangsa terus masuk semula ke dalam keretanya dan beredar, namun kumpulan itu bertindak mengejar serta mengarahkan dia berhenti,” katanya.

Screenshot 2025 09 30 154649

Disebabkan pengadu panik, mangsa tidak berhenti dan keretanya ditendang beberapa kali sehingga mengalami kerosakan.

Dalam rakaman tular insiden terbabit, memaparkan sekumpulan penunggang motosikal mengekori kereta mangsa secara berbahaya sebelum salah seorang daripadanya menendang kenderaan tersebut.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.