Rasanya kebanyakan orang mesti pernah membeli barangan secara online kan? Dengan wujudnya bermacam platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada, memang mudah nak beli barangan sekarang ni, tak kiralah pakaian ataupun makanan segar.
Pun begitu, korang kenalah berhati-hati bila membeli barangan secara online ni dengan membaca terlebih dahulu description produk terbabit. Takut nanti barangan yang kita order tu lain pula daripada sangkaan. Dah membazir pulak…
Bercakap pasal pembelian barangan online, kali ini min nak kongsikan beberapa barangan online yang lain daripada lain yang cuba untuk dijual di internet. Memang rare habis semuanya sampai speechless min.
Jom kita semak satu persatu!
1. Paku
Mungkin kedengaran biasa tapi menurut description item untuk dijual ini, paku terbabit dijual seorang individu yang tayarnya pancit akibat terlanggar paku berkenaan. Kalau korang nak tahu, paku itu dijual dengan harga lebih RM1,000!
“Paku ini buat tayar saya pancit jadi saya jual harga mahal sebab nak bayar balik kos tayar baru. Boleh digunakan sebagai hiasan rumah atau untuk kenakan jiran yang selalu tuduh anda langgar tong sampah mereka.”
2. Lampu tidur Dora the Explorer
Siapa je yang tak kenal dengan karekter Dora the Explorer? Memaparkan watak seorang kanak-kanak perempuan berambut pendek dan sahabat baiknya, Boots iaitu seekor monyet, dua karakter ini akan bersama-sama mencari barangan berbeza pada setiap episod. Disebabkan siri animasi ini agak popular, jadi tak terkejutlah kalau ada beberapa item yang dihasilkan mempunyai tema Dora the Explorer.
Tapi, lampu tidur yang cuba dijual secara online oleh individu ini pula nampak lain macam. Jangan kata budak, min rasa orang dewasa pun boleh dapat nightmare kalau guna lampu tidur ni dalam bilik.
Menurut listing terbabit, lampu tidur Dora the Explorer ini cuba dijual dengan harga lebih RM500.
3. Sarang Tebuan
4. Gigi
Min bukan cakap pasal gigi palsu tau tapi gigi manusia betul yang baru tercabut. Dengan harga RM444, korang boleh beli satu set gigi ni dan kalau korang beli satu je harganya adalah RM66.
Ataupun menurut listing ni, kalau korang ada tilam terpakai dan dua dozen telur, korang boleh trade kan untuk dapatkan satu set gigi ini.
5. Bulu anjing
Mungkin nak buat baju kot????
6. Apple Watch versi orang tak berduit
Walaupun listing kata untuk orang yang tak bermodal, harga ‘Apple Watch’ ni pun buatkan min berpeluh-peluh nak bayar.
7. Pemotong rumput automatik
Automatik tu dah cun dah tapi macam agak slow je ni kalau compare dengan pemotong rumput biasa.
8. Basikal gergaji mesin
Korang penat dan tak tahan kena hadap jem setiap pagi nak pergi kerja? Dengan harga sekitar RM2,500, basikal dengan gergaji mesin yang dipasang padanya kompem akan buatkan orang lain semua bagi korang laluan.
9. Dumbbell DIY
Sumber: Ranker, Chezburger, thisiswhyimbroke.com
Baca: 5 Kesalahan Biasa Bila Beli Barang Online Yang Akan Buat Korang Menyesal