in

8 Perkembangan Terkini Kes Kebakaran Pusat Tahfiz Sejak 7 Suspek Ditahan

Perkembangan.f
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita penangkapan 7 remaja berusia 11 hingga 18 tahun kerana kes kebakaran pusat tahfiz menggemparkan seluruh negara. Lebih-lebih lagi apabila semuanya hanya bermula dengan ejek-mengejek.


Macam mana anak-anak muda itu sanggup melakukan kekejaman sedemikian? Sejak penangkapan mereka itu, lebih banyak berita dan perkembangan mengenai kes tersebut berlaku. Kami senaraikan perkembangan terkini yang berlaku:

 

1. 13 anggota polis disoal kerana maklumat bocor

Polis
sumber: free malaysia today

Semenjak 7 anak-anak muda itu ditahan kerana menyebabkan kebakaran, 13 anggota polis kini sedang disiasat kerana didakwa menyebarkan gambar serta maklumat tentang suspek yang kemudiannya menjadi tular di media sosial pada Jumaat (15 September).

Disebabkan maklumat bocor itu, Pesuruhjaya Polis KL Amar Singh mengadakan sidang akhbar dengan segera pada Sabtu (16 September), di mana beliau menjelaskan butir-butir mengenai 7 remaja yang ditangkap berusia 11 hingga 18 tahun dan mereka telah ditahan reman selama seminggu.

 

2. Kesemua anak muda yang ditahan tidak menunjukkan rasa penyesalan 

Suspek
sumber: wob

Ketika mereka ditangkap kerana didakwa menyebabkan kebakaran berlaku, mereka dikatakan tidak menunjukan apa-apa reaksi atau emosi ketika diiringi pihak polis.

Mereka seperti tiada rasa penyesalan. Remaja-remaja tersebut langsung tak ucap kata maaf kerana telah menyebabkan tragedi itu berlaku,” beritahu sumber kepada NST.

Mereka hanya tunduk ke bawah hampir setiap masa bila ditanyakan tentang kejadian itu. Mungkin mereka sudah terima kenyataan yang mereka salah.”

Mereka dilaporkan bertindak sedemikian kerana dendam selepas berlaku adegan ejek-mengejek dengan beberapa pelajar tahfiz itu.

 

3. Tiga pelajar yang terselamat sudah dikeluarkan dari hospital manakala empat lagi masih dirawat di unit rawatan rapi

Hospital
sumber: the sun

Menurut Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), tiga pelajar yang terselamat daripada tragedi malang itu sudah dikeluarkan pada malam Sabtu (16 September), meskipun mereka masih memerlukan rawatan susulan.

Sementara itu, empat pelajar masih dirawat di hospital, tiga daripadanya ditahan di unit rawatan rapi dan seorang lagi di unit rawatan rapi pediatrik.

Tiada pelawat dibenarkan berjumpa ketiga-tiga pelajar itu untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mungkin mengambil masa seminggu untuk pulih. Pelajar di unit rawatan rapi pediatrik pula sedang dipantau kerana masih trauma dengan kejadian tersebut.

 

4. Mangsa yang terselamat daripada kebakaran kini trauma, masih ‘dengar suara pelajar menjerit kesakitan’

Kebakaran

Isteri penolong pengetua yang kini hamil selamat dari kebakaran bersama 4 anak perempuannya. Sehingga hari ini, dia sering berfikir tentang kejadian kebakaran yang mengerikan itu.

“Isteri saya beritahu dia masih dengar suara anak-anak (pelajar tahfiz) menjerit kesakitan semasa kejadian,” beritahu suaminya.

 

5. Mangsa yang terselamat diberikan ubat penenang dan sedang bertarung nyawa. Ibu mahu hukuman mati ke atas suspek

Mangsa Penenang
sumber: nst

Salah seorang pelajar, Indrakurniawan, 11, dilaporkan melecur 20 peratus daripada leher hingga punggung serta tangannya. Mangsa juga patah kaki akibat terjun daripada tingkat 3 sekolah untuk menyelamatkan diri dari kebakaran.

Indrakurniawan kini diberikan ubat penenang di unit rawatan rapi HKL dan sedang bertarung nyawa. Ibunya berkata suspek tidak patut dilepaskan jika didapati bersalah memulakan kebakaran.

“Jika tujuh suspek terbukti bersalah, mereka patut dihukum gantung sampai mati,” beritahu ibu mangsa kepada NST.

“Pihak berkuasa mesti siasat apa yang mempengaruhi mereka untuk melakukan perlakuan sebegitu. Hukuman mati akan memberikan pengajaran kepada orang lain.”

 

6. Abang guru yang terbunuh dalam kebakaran maafkan kesemua suspek

Abang Guru
sumber: nst

Keluarga guru, Mohd Yusuf Md yang maut dalam kebakaran itu dilaporkan memaafkan tujuh remaja berkenaan. Abang arwah, Nor Azam, 42, berkata jika diberi peluang, beliau mahu berjumpa dengan tujuh remaja berkenaan untuk memberi nasihat supaya mereka segera insaf.

“Saya secara peribadi memaafkan remaja yang disyaki terbabit kerana mungkin mereka hanya hendak menakutkan atau gertak sahaja.”

“Kemungkinan mereka tiada niat untuk melakukan perkara itu sampai ke tahap ini (membunuh penghuni asrama) tetapi tersilap langkah.”

 

7. Suspek merupakan remaja bermasalah

Bermasalah
sumber: the star

Suspek dalang kebakaran pusat tahfiz berkenaan dilaporkan telah dibuang sekolah beberapa tahun lalu kerana masalah disiplin. Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, mereka pernah bersekolah sebelum ini, namun mempunyai masalah disiplin seperti ponteng.

“Ada suspek tidak pernah ke sekolah dalam tempoh lama, bermula pada tahun 2012 sehingga 2016.”

“Ada suspek yang berumur 16 tahun, pernah belajar di Tingkatan Satu pada 2012, tetapi tidak lagi ke sekolah selepas itu.”

“Namun, suspek yang berumur 18 tahun menghabiskan sesi persekolahannya dan kemudian sambung belajar di GiatMARA.”

 

8. Ibu pelajar tidak memaafkan suspek

Azlina
sumber: utusan online

Menurut Utusan Online, ibu Muhammad Fahmie Abdullah, 11, bertegas tidak akan memaafkan perbuatan mereka yang membakar pusat tahfiz tersebut.

“Banyak lagi saya mahu lakukan untuk anak saya tetapi sekarang sudah tidak sempat. Saya mahukan keadilan untuk anak saya.”

Noorazlina, 36, turut akui tidak sanggup melihat wajah remaja terlibat walaupun ia tersebar meluas di media sosial.

 

Kami berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang setimpal berkenaan kes ini dan turut sama mendoakan agar semua mangsa yang terselamat sembuh secara fizikal dan mental.

Baca: “Mereka seperti tiada penyesalan. Remaja tersebut langsung tak ucap kata maaf” – Sumber

14Tahfiz.transformed 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.