7 Smartphone Terbaik Dengan Bateri Yang Tahan Lebih Lama

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Smartphone ni dah ibarat benda penting dalam hidup. Semua benda boleh dapat dengan satu klik je pada telefon pintar. Disebabkan smartphone banyak kegunaan dan korang pulak asyik gunakan setiap masa, bateri telefon selalu cepat habis. Lepastu mulalah korang gelabah pinjam powerbank daripada kawan-kawan.

Untuk mengelakkan kita rasa frust macam ni, meh sini kami cadangkan 7 smartphone terbaik dengan bateri yang tahan lebih lama.

 

 

1. Samsung Galaxy S8 dan S8+



Samsung semestinya memahami kehendak pengguna kerana telah mencipta smartphone dengan kapasiti bateri sebesar 3000 mAh untuk Galaxy S8 dan 3500 mAh untuk S8 Plus. Bateri handphone S8 boleh tahan selama 14 jam sekiranya menggunakan Wi-Fi, manakala S8 Plus boleh bertahan selama 15 jam. Video playback pun boleh tahan 16 jam dan 18 jam untuk kedua-dua handphone ni. Hebat ke hebat?

Sumber: Blog

 

2. Huawei Y7 Prime

Peminat android boleh jadikan Huawei Y7 Prime sebagai pilihan kalau nak bateri tahan lama. Y7 Prime ni mempunyai saiz skrin 5.5 inci dengan kapasiti bateri 4000 mAh. Biasanya kalau dulu, smartphone akan guna bateri 3000 mAh je tapi dengan kapasiti bateri yang tinggi ni, korang tak payah risau nak cari powerbank. Sure tahan punyalah bateri.

Sumber: Huawei

 

3. Xiaomi Redmi Note 4

Kini semakin menempa nama, Xiaomi Redmi Note 4 cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan kapasiti bateri 4100 mAh, handphone ni mempunyai skrin bersaiz 5.5 inci dengan resolusi yang tinggi iaitu 1080 x 1920 pixels dan dikatakan boleh bertahan 2 hari! Oleh sebab ni lah, ramai yang recommend handphone ini bagi korang yang suka main game.



Sumber: Gear Open

 

4. Asus Zenfone 4 Max Pro

Handphone ni pun tak kurang hebat sebab mempunyai kapasiti bateri sampai mencecah 5000 mAh. Dahlah ada dual kamera, cantik pulak tu, dan siap ada lampu kat depan untuk korang yang suka ambil selfie. Kalau baca dekat blog-blog pun, ramai akan recommend handphone ni sebab bateri dijamin tahan lama. Kalau guna ni, sure tak payah guna powerbank!

Sumber: Blog

 

5. Motorola Moto E4 Plus

Walaupun jenama Motorola dah jarang didengari, namun, tahu tak ada keluaran jenama ni yang menggunakan kapasiti bateri sebesar 5000 mAh! Moto E4 Plus ni lain sikit dari handphone dalam senarai kerana menggunakan cip Mediatek dan bukannya Snapdragon 427. Selain itu, ia juga mempunyai feature fast battery charging yang akan menyenangkan anda.

Sumber: Blog

 

6. Lenovo P2



Lenovo juga adalah diantara handphone yang mempunyai kapasiti bateri yang tinggi iaitu sebesar 5100 mAh. Handphone ni pun menggunakan fast battery charging dan kalau talk time boleh tahan selama 79 jam. Memori storannya sebesar 32GB dan 64GB diganding pulak dengan 4GB RAM. Selain itu, handphone P2 guna android Marshmallow dan boleh diupgrade ke Nougat. Memang power untuk korang guna.

Sumber: Blog

 

7. Xiaomi Mi Max 2

Yang ni power beb! Kapasiti bateri sampai 5300 mAh weh! Dengan storan 64GB atau 128GB, digandingkan pulak dengan 4GB RAM, Xiaomi Mi Max 2 boleh tahan selama 19 jam dan 21 minit kalau korang scroll internet. Charger dia pun power tau sebab guna teknologi quick charging 3.0 dan dalam masa 30 minit je dah boleh charge sebanyak 22%. Baru charge dua setengah jam, dah 85% bateri korang.

Sumber: Blog

Sebelum korang nak beli handphone, make sure check dulu kapasiti bateri. Barulah korang boleh agak-agak, sama ada sesuai tak ketahanan bateri dengan penggunaan korang. Kalau jenis yang suka scroll media sosial dan main game, memang wajiblah beli handphone dengan bateri yang power ni!

Jimat duit, tak yah nak beli powerbank!

Baca: 7 Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Yang Bakal Diumumkan 25 Februari

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.