7 Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Yang Bakal Diumumkan 25 Februari

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Samsung merupakan antara jenama telefon bimbit yang sentiasa keluarkan produk baru dengan rupa dan spesifikasi yang lebih baik dari keluaran sebelumnya. Peminat telefon android ini pastinya ternanti-nanti apakah pembaharuan bagi keluaran baru Samsung.

Sebelum ini mereka mengeluarkan Galaxy S8 dan S8 Plus, kini peminat ternanti-nanti rupa Galaxy S9 dan S9 Plus yang bakal diumumkan pada 25 Februari ini. Justeru itu, kami senaraikan 7 perkara yang anda perlu tahu tentang Galaxy S9 dan S9 Plus.

 

1. Pilihan warna

Berdasarkan maklumat yang telah dibocorkan di Twitter, Galaxy S9 dan S9 Plus akan mempunyai empat warna menarik yang berbeza iaitu Midnight Black, Lilac Purple, Titanium Grey dan Coral Blue. Antara kesemua warna yang sedia ada, Lilac Purple merupakan warna baru yang berbeza daripada Orchid Grey.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

 

2. Kehebatan kamera

Samsung mempunyai kehebatan kamera yang tidak dapat disangkal tetapi sering kali digugat dengan kehadiran telefon bimbit jenama lain. Kedua-dua model telefon bimbit ini bakal menampilkan dual camera aperture 12MP yang boleh ditukar antara f/2.4 dan f/1.5. Kamera hadapan pula mempunyai 8MP dengan autofocus dan berupaya merekod video super slow-mo sehingga 1000fps.

Sumber: Blog
Sumber: YouTube

 

3. Speaker stereo menyeluruh

Buat julung kalinya dalam flagship Galaxy, Samsung memperkenalkan telefon pintar dengan speaker stereo untuk Galaxy S9 dan S9 Plus. Kali ini, syarikat terkenal dari Korea itu menggunakan bahagian bawah sebagai speaker dan earpiece untuk menghasilkan bunyi stereo yang mantap.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

 

4. Saiz skrin

Saiz skrin kedua-dua telefon bimbit Galaxy S9 dan S9 Plus adalah berbeza di mana Samsung Galaxy S9 mempunyai skrin Quad HD Infinity display bersaiz 5.8 inci manakala Samsung Galaxy S9 Plus mempunyai skrin bersaiz 6.2 inci. Namun begitu, kedua-dua peranti ini mempunyai pixel yang sama iaitu 1440 x 2960.

Sumber: Blog
Sumber: Blog

 

5. Spesifikasi RAM dan storan peranti

Dari segi RAM dan storan, Galaxy S9 dijangka mempunyai 4GB RAM dengan dua storan yang berbeza mengikut pilihan pembeli iaitu sebesar 64GB dan 128GB. Galaxy S9 Plus pula ternyata lebih power apabila dipercayai berkemungkinan mempunyai 6GB RAM dengan empat pilihan storan iaitu 64GB, 128GB, 256GB dan 512GB.

Sumber: Blog
Sumber: Blog

 

6. Cip pemprosesan

Berdasarkan maklumat yang telah tersebar, Galaxy S9 dan S9 Plus bakal muncul dengan cip pemprosesan Snapdragon 835 menggunakan 10-nanometer yang dikatakan lebih pantas dan lebih battery-efficient. Walau bagaimanapun, ianya berbeza dengan yang dipasarkan di Asia kerana mungkin akan tampil dengan Exynos 9 Octa 9810 menggunakan jenis 8-nanometer.

Sumber: Blog
Sumber: Blog

 

7. Kapasiti bateri

Kehebatan bateri adalah antara yang paling penting dalam pemilihan telefon bimbit. Kedua-dua flagship siri S ini berkemungkinan mempunyai kapasiti bateri sebanyak 3,000mAh bagi Galaxy S9 manakala 3,500mAh untuk Galaxy S9 Plus. Berdasarkan maklumat yang telah dihebohkan, bateri Galaxy S9 Plus boleh bertahan selama 36 jam.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Macam mana? Hebatkan peranti baru yang bakal muncul di pasaran ini. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan kesemua info mengenai Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan maklumat yang bocor di internet dan hanya jangkaan semata-mata.

Pelancaran kedua-dua telefon bimbit ini akan diadakan di Barcelona dan anda boleh menontonnya secara langsung pada 26 Februari pada jam 1 pagi. Untuk pengetahuan, kedua-dua telefon bimbit ini telah pun lulus ujian SIRIM dan dijangkakan Samsung Malaysia akan memulakan pre-order tidak lama lagi.

Nantikan kemunculan handphone ni!

Baca: Macam Mana Nak Jumpa Telefon Bimbit Yang Hilang Atau Dicuri? Gunakan Cara Ini

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.