in

7 Maut Dalam Nahas 3 Kenderaan, Tayar Lori Tercabut Jadi Punca Kemalangan

kemalangan ayer keroh 7 maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tujuh dilaporkan maut termasuk seorang bayi dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, malam tadi.

Pengarah JBPM Melaka, Mohd Pisar Aziz berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.40 malam itu melibatkan sebah bas persiaran dengan 27 penumpang, sebuah treler dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Estima.


2939589

Mangsa yang terbunuh dalam nahas berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh itu membabitkan pemandu dan penumpang MPV, Khairul Izwan Mazupi, 32; isterinya Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66; dan isteri serta pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56; dan penumpang bas yang belum diketahui identiti.

Artikel berkaitan: “Nenek kata nak belanja makan” – Kanak-kanak Jadi Yatim Piatu Lepas Bapa, Datuk & Nenek Terlibat Kemalangan

Artikel berkaitan: Kemalangan Selepas Konvokesyen: Satu-satunya Mangsa Terselamat Belum Tahu Ibu, Bapa & Kakak Meninggal Dunia

Tayar lori tercabut jadi punca kemalangan 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, hasil siasatan awal mendapati sebuah lori jenis Foton dan bas pelancong jenis Hino yang membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan manakala kenderaan MPV, sebuah treler jenis Nissan dan Perodua Bezza menuju ke arah utara.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi, tayar hadapan sebelah kanan lori Foton yang dipandu lelaki berusia 31 tahun telah tercabut dan berada di atas jalan di lorong tengah.

Walau bagaimanapun, bas pelancong yang tiba di tempat kejadian telah terlanggar tayar berkenaan lalu hilang kawalan sehingga terbabas ke laluan bertentangan.

81734996269 tbkemalanganMelaka

Semasa bas itu terbabas ke lorong bertentangan, ia telah berlanggar dengan sebuah treler dipandu lelaki berusia 27 tahun yang dinaiki bersama kelindan berusia 16 tahun.

“Pelanggaran itu menyebabkan treler terbabas ke lorong kiri jalan dan melanggar penghadang jalan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Bezza dan Toyota Estima,” katanya.

Akibat kemalangan itu, kelima-lima mangsa dari kenderaan MPV disahkan meninggal di tempat kejadian dan dua lagi penumpang kenderaan itu yang merupakan anak pasangan berkenaan yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan seramai 17 mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka, 10 lagi menerima rawatan di Hospital Alor Gajah dan enam mangsa lagi mendapatkan rawatan di Hospital Pantai.

2939590

Mayat kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Hasil tinjauan di lokasi kejadian juga mendapati kenderaan MPV remuk teruk di antara kedua-dua kenderaan berat tersebut selain lebih 20 guni pakaian bertaburan di atas jalan.

Al fatihah buat mangsa yang terkorban. 

Sumber: Sinar Harian, Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.