in

7 Kenderaan Rentung Depan Sekolah Akibat Terkena Api Merebak Masa ‘Park’ Kereta Dekat Open Space

Baka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tujuh kenderaan yang diparkir di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Daun di Melaka terbakar kira-kira jam 7.40 pagi semalam, (21 September).


Difahamkan, ia bepunca daipada sebuah van Mitsubitshi milik seorang lelaki berusia 64 tahun tiba-tiba terbakar dan menyebabkan api merebak ke enam kenderaan lain termasuk Nissan Grand Livina, Perodua Axia, Proton Exora, Toyota Vios dan dua Perodua Myvi. Lapor Bernama.

Menurut ketua polis daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad, lelaki itu park van di tempat terbuka di depan sekolah setelah menghantar anaknya.

“Ketika lelaki itu kembali ke vannya, dia melihat ada asap di tempat duduk penumpang depan. Dia berusaha membuka pintu tetapi tidak berhasil dan api mulai marak sehinggakan merebak ke arah kenderaan berhampiran,” katanya.

831264 831265

Tambahnya lagi, siasatan lanjut mendapati bahawa kawasan itu tidak mempunyai tempat letak kenderaan yang ditentukan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) masih menyiasat punca kebakaran dan mendapati bahawa tidak ada unsur khianat.

Menurut Sinar Harian, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  Penolong Penguasa Bomba Soon Wee Kiang, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu telah menghantar dua kenderaan termasuk EMRS (Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan) ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.45 pagi.

“Tiba di tempat kejadian, anggota bomba menemui tujuh kenderaan yang diparkir di hadapan kawasan sekolah itu terbakar,” katanya.

Kebakaran itu menyebabkan kerosakan 100% pada van. Bagaimanapun, Wee Kiang mengatakan enam kenderaan lain hanya 10% terbakar dan tidak melibatkan mangsa sebelum api dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.26 pagi.

Foto dan video kejadian tersebut dimuat naik ke media sosial di mana anggota bomba dilihat cuba memadamkan api yang melanda van yang terlibat.

 

Baca : ‘Macam tak berbaloi’ – Gara-Gara Nak Bunuh Lalat, Habis Rumah Warga Emas Ini Terbakar

Lalat

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.