in

7 Hotel Unik Ini Pasti Beri Kelainan Buat Anda yang Bercuti di Bali

Hotel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bali adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular di dunia. Selain terkenal dengan percutian honeymoon, Bali turut menawarkan pengalaman unik bercuti dikelilingi alam semulajadi sambil mengenali budaya masyarakat di sana.



Anda mahukan percutian yang unik di Bali? Ini 7 hotel unik yang pasti memberikan kelainan buat anda yang bercuti di sana!

 

1. Sharma Springs Bamboo House

Sharma1
greenvillagebali.com

Jika anda seorang yang mesra alam, anda perlu rasai pengalaman tinggal di rumah/chalet yang diperbuat daripada buluh. Di sinilah tempat yang sesuai untuk anda nikmati pemandangan indah sambil menghirup udara segar dan angin gunung yang sejuk. Sharma Springs Bamboo House ini dibina dengan kukuh setinggi 6 tingkat di lembah sepanjang Sungai Ayung.

Laman web: Tidak mempunyai laman web tetapi anda boleh buat tempahan di Airbnb.

Alamat: Tanah Ayu, Sibang Gede, Abiansemal, Badung 80352 Bali, Indonesia

Sharma

Sharma3
greenvillagebali. Com
Sharma2
sumber: trip canvas

 

2. Sandat Glamping Tents

Glam
sumber: audleytravel. Com

Anda mahu tinggal di dalam khemah tetapi tetap nampak glamor dan menarik? Khemah di Sandat Glamping ini boleh tunaikan impian anda itu. Anda boleh meluangkan masa bersama alam semulajadi sambil mengekalkan keselesaan dan kemewahan dengan perabot moden di sini. Of course wifi pun ada!

Laman web: Sandat Glamping

Alamat: Jalan Subak Sala Banjar Sala Ubud

Glam1
sumber: audleytravel. Com
Glam2
sumber: audleytravel. Com
Glam3
sumber: stefanoscata. Com

 

3. Kali Manik Eco Resort

Kali
sumber: trip canvas

Rasai pengalaman tinggal di dalam cottage diperbuat daripada buluh yang terletak di tepi sungai dengan pemandangan laut di sini. Pemandangan tumbuh-tumbahan tropika yang subur pasti memberikan anda ketenangan dan suasana yang nyaman. Setiap banglo buluh mempunyai katil sofa dan buaian untuk tetamu berehat sambil menikmati pemandangan menakjubkan .

Laman web: Facebook

Alamat: North Bali – Seririt – Kalisada – Pantai Kalisada, Buleleng Regency, Bali 81153, Indonesia

Kali1

Kali2
sumber: trip advisor
Kali4
sumber: trip advisor

 

4. Mara River Safari Lodge

Mara

Tidak perlu ke Afrika untuk rasai pengalaman taman safari. Di sini, anda akan dapat menginap sambil dikelilingi haiwan seperti kuda belang, rhinos dan gajah. Paling syok, anda boleh beri makan kepada haiwan ini semua dari balkoni dan melihat mereka makan rumput sambil mandi di dalam kolam renang. Kalau nak rasa pengalaman makan ditemani singa dan harimau, tempah lah percutian di sini.

Laman web: Mara River Safari Lodge

Alamat: Jl. Bypass Prof. Dr. Ida Bagus Mantra Km. 19,8 Gianyar 80551 Bali, Indonesia

Mara3
sumber: bali hotel
Mara4
sumber: baligo
Mara5
sumber: instagram

 

[sociallocker id=1666]

5. Secret Wooden House in Denpasar

Wooden
sumber: airbnb

Sekali pandang ia mungkin nampak menakutkan tetapi rumah kayu ini sebenarnya dihias dan dilengkapi perabut vintaj yang mewah. Kesemua perabot di dalam rumah itu direka khas dan diperbuat dari kayu yang dikitar semula. Meskipun terletak berdekatan kawasan tumpuan pelancongan, anda masih boleh mendapatkan privasi dan pengalaman yang unik.

Laman web: Tidak mempunyai laman web tetapi anda boleh buat tempahan di Airbnb.

Alamat: Jalan Gunung Soputan No 99a Gang Dukuh Anyar, Denpasar, Bali, Indonesia

Wooden1
sumber: airbnb
Wooden2
sumber: airbnb
Wooden3
sumber: airbnb

 

6. Villa Pererepan

Pere0
sumber: instagram

Terletak di lembah Sungai Petanu, Villa Pererepan memberikan anda pemandangan hutan yang menakjubkan. Sangat sesuai bagi pasangan yang cintakan alam semulajadi untuk menikmati percutian romantik. Memandangkan ianya sangat dekat dengan hutan dan alam semulajadi, anda mungkin ‘dilawati’ oleh gecko, katak atau kelip-kelip. Betul-betul back to nature ni!

Laman web: Villa Pererepan

Alamat: Jl. Melayang, Ubud, 80571 Bali, Indonesia

Pere2
sumber: awangawang. Com
Pere3
sumber: trip canvas

Pere5

[/sociallocker]

 

7. Bambu Indah

Bambu
sumber: agoda. Com

Bukan hanya mempunyai villa di atas air, Bambu Indah juga akan membuatkan anda rasa seolah-olah berada di sebuah perkampungan zaman dulu. Dengan struktur rumah kayu dan dikelilingi tumbuh-tumbuhan, ia benar-benar membuatkan anda rasa tenang dari kesibukan kota. Lebih syok, anda boleh panjat tree house di sini untuk menikmati pemandangan seluruh lembah yang menakjubkan!

Laman web: Bambu Indah

Alamat: Banjar Baung, Desa Sayan, Ubud, Gianyar 80571 Bali, Indonesia

Bambu1
sumber: bambuindah. Com
Bambu2
sumber: bambuindah. Com
Bambu4
sumber: uniq hotels

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.