Kita pastinya kenal dan dah biasa tengok artis Malaysia di kaca TV. Kadang kita tak teringat yang artis-artis tu dah mendirikan rumah tangga dan ada anak sendiri.
Korang tau tak ada diantara artis-artis Malaysia ni yang mempunyai anak gadis cun weh! Tahap cun boleh lawan mak ayah dorang. So, ini 7 anak gadis artis Malaysia yang cun melecun.
1. Anak Normala Samsudin, Ruhila Roslan
Puan Sri Normala Samsudin merupakan bekas pengacara tersohor pada satu masa dulu. Beliau ada anak gadis bernama Ruhila Roslan yang mendapat pujian ramai kerana mewarisi kecantikan ibunya. Walaupun Puan Sri Normala menggalakkan anaknya itu untuk menceburi bidang hiburan, namun nampaknya dia lebih meminati bidang lain kerana baru sahaja tamatkan pengajian dalam bidang pergigian pada tahun lepas. Wow!
2. Anak Ziela Jalil, Puteri Julia Nabilah
Anak gadis Ziela Jalil ni pernah viral pada tahun lepas dek kerana rupa paras persis orang Korea. Anak sulungnya bukan setakat cantik je tau tapi pandai jugak! Puteri Julia Nabilah merupakan seorang doktor yang mendapat pengajian di Royal College of Surgeons di Ireland. Fuyoo! Beauty with brain!
3. Anak Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqah
Penyanyi dangdut Mas Idayu ni sekarang terkenal kerana menjadi juri dalam rancangan realiti TV. Dengan sifat strict dia, kadang lupa yang dia ada anak. Nur Dayini Asyiqah yang berumur 20 tahun this year, merupakan anak tunggal kepada Mas Idayu dan dikatakan mempunyai bakat seni seperti bermain piano dan menyanyi sama macam maknya.
4. Anak Siti Nor Saida, Siti Nurunnyssa Mohd. Ghazali
Anak penyanyi Saida pernah menjadi tumpuan ramai sebelum ni disebabkan wajahnya yang cantik. Siti Nurunnyssa pernah terpaksa privatekan akaun Instagram miliknya kerana tidak selesa dengan perhatian daripada netizen lagi-lagi ada gambar dari Instagram yang diambil tanpa persetujuannya. Siti Nurunnyssa dikhabarkan kerap kali muncul sebagai model untuk beberapa jenama barangan.
5. Anak Norman Hakim & Abby Abadi, Marissa Dania
Baru-baru ni pun anak Norman Hakim dengan Abby Abadi mendapat perhatian ramai sebab rupa paras yang cantik sehinggakan ramai yang memuji dan ada yang DM Norman sebab nak masuk meminang Marissa! Yang lagi tarik perhatian sebab anak dara Abby Abadi ni baru je form 1 dan masih bersekolah. Kita dulu budak hingusan je time ni.
6. Anak Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona
Kesemua anak Azhar Sulaiman selalu mendapat perhatian orang ramai. Baru-baru ni anak lelakinya yang mendapat perhatian, tapi sebelum tu, anak gadisnya dah dipuji kerana berwajah comel dan cantik. Anak bongsu dari tiga adik beradik ni kini berumur 16 tahun dan mempunyai lebih 42 ribu followers di Instagram. Fuhh! Admin dah 23 tahun pun belum capai 300 followers lagi wehhh! T_T
7. Anak Rosyam Nor, Nur Anis
Anak hero Malaya ni bukan setakat cantik je tau tapi pandai berniaga! Nur Anis yang merupakan anak kedua Rosyam mempunyai butik muslimah yang dikenali sebagai Bidadari Contemporary dan dia baru sahaja berumur 25 tahun. Muda lagi! Anis ni pun kenal dengan artis kerana sering kali dilihat bergambar bersama di mana-mana event.
Wah! Cantik-cantik belaka anak-anak gadis artis-artis Malaysia ni kan! Nampaknya dorang ni memang mewarisi kecantikan dan ketampanan ibu bapa mereka serta pandai bergaya. Dengan rupa paras yang cantik, tak hairanlah anak-anak mereka ni meendapat perhatian dan menjadi bualan orang ramai.
Dorang ni makan apa yang lawa sangat ni?
Baca: Comel! 7 Anak Artis Pandai Speaking London Yang Boleh Buat Korang Tergugat