6 Perangai Manusia Kita Akan Jumpa Bila Beratur Nak Bayar di Kaunter Cashier

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Dah nama pun BELI, mestilah kena BAYAR, kan? Kalau dah kena bayar tu, confirm kena beratur pulak kat kaunter. Nak-nak kalau queue tu panjang, macam-macam boleh jadi kat situ dan macam-macam perangai manusia jugaklah yang kita boleh observe.

Korang pernah jumpa tak enam jenis manusia ni setiap kali beratur di kaunter pembayaran:

 

1. Teliti, cek resit satu-satu

Bila dah siap beli barang, memang bagus kalau check balik resit tu semua. Tapi yang tak bagusnya, bila dah siap bayar tu tak reti nak ke tepi bagi ruang untuk next customer. Dekat ceruk tu juga dia nak check resit.

Haloooo, fikir orang kat belakang tu jugak please, dia pun nak bayar jugak.

Sumber: Oxygen

 

2. Suka claim hadiah percuma

Pantang nampak ada hadiah pinggan percuma takpun tupperware percuma, dorang ni takkan lepaskan peluang keemasan macam ni. Benda pertama dorang buat is make sure tanya betul-betul dekat kaunter kat mana nak claim hadiah-hadiah percuma ni.

Sumber: Sudouest

 

3. Ada je masalah time nak bayar

Asal nak bayar je, mesti ada masalah. Mula-mula cari duit tak jumpa. Lepas dah jumpa tu susah pulak nak keluarkan duit tu, tersekat sana tersekat sini. Then kalau jenis cashier yang tanya ada duit syiling ke tak, habis la nanti berapa lama pulak dia keluarkan syiling dia satu-satu nak cukupkan 95 sen tu. Ni belum masuk yang syiling tercampak habis tergolek depan kaunter then kena kutip lagi. Aduuiiii….

Sumber: Theepochtimes

 

4. Bergayut

Tak kisahlah korang nak bergayut lama-lama kat mana-mana pun, asalkan jangan depan cashier tu. Orang yang selalu sangat on the phone ni depan kaunter pun dia sempat tau. Lepas tu nanti dia tak dengar apa cashier cakap, then dia terpaksa tanya balik berapa ringgit jumlah kena bayar untuk barang-barang dia tu. Orang macam ni memang buat kita geram tau…

Sumber: Giphy

 

5. Lengah-lengah kat kaunter

Ni mesti at least sekali lah korang pernah jumpa, ye tak? Kalau tengah beratur tu, mesti ada sorang ni dia macam jalan lambat-lambat, nampak macam sengaja lengah-lengahkan masa untuk sampai ke counter, lepas tu pandang-pandang belakang. Kalau nampak yang macam ni confirm dia tengah tunggu orang lain tolong ambilkan barang yang dia terlupa nak beli. Takpun dia tengah tunggu someone yang tolong tukarkan barang dia.

Sumber: Giphy

 

6. Suka tinggalkan barang kat rak tepi kaunter

Yang ni satu lagi. Bila queue panjang kena tunggu lama-lama, dia mula la buat kira-kira dalam raga atau troli lepas tu mesti ada je barang yang tak jadi beli. Mungkin sebab lebih bajet atau barang tu tak diperlukan sangat, so dia decide nak cancel barang tu. Tapi bila dah berdiri dalam barisan panjang-panjang ni, takkan la nak give up the queue and pergi letak barang tu kat tempat asal. Last-last dia letak kat rak tepi kaunter tu. Please jangan buat macam ni ye.

Sumber: Giphy

So korang pernah jumpa tak orang-orang macam ni? Kalau tak pernah jumpa tu, maybe koranglah orangnya yang buat perangai macam ni!

Baca: 9 Jenis Manusia Tak Boleh Ajak Join Sekali Kalau Nak Pergi Travel

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.