Malaysia dikatakan mempunyai antara catatan tertinggi untuk jumlah kematian akibat daripada kemalangan jalan raya. Penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang semakin ketat dan saman nampaknya masih tidak memberi impak yang besar kepada pengguna jalan raya.
Setiap tahun catatan kematian akibat kemalangan jalan raya pasti tinggi. Terutama ketika musim raya di mana kebanyakkan jalan mesti sesak. Baik di Pantai Timur, Selatan Johor, mahupun di kawasan utara.
Berikut adalah 6 jalan di Malaysia yang kerap berlaku kemalangan bersama beberapa kepingan gambar kemalangan yang berlaku di kawasan tersebut.
1. Jalan Kuantan – Kuala Lumpur
Kemalangan yang berlaku di Maran ini adalah kejadian terbaru yang berlaku di situ pada 15 Jun lalu. Dua orang maut akibat daripada kemalangan ini. Jalan Kuantan – Kuala Lumpur adalah antara lokasi yang paling banyak berlaku kemalangan. Ini adalah kerana terdapat banyak selekoh-selekoh tajam akan tetapi kebanyakan pemandu masih memecut melebihi had kelajuan. Rata-rata punca kemalangan adalah kerana tidak sempat menekan brek dan mengekori kenderaan di hadapan terlalu dekat.
2. Jalan Ipoh – Butterworth
Kemalangan berlaku pada November hujung tahun lepas ini telah meragut satu nyawa dan empat lagi cedera. Kemalangan dikatakan berlaku akibat sebuah kenderaan lain telah memasuki laluan yang bertentangan lalu terlanggar pintu belakang sebelah kanan Wira sebelum terbabas serta melanggar Volkswagen dari arah bertentangan. Kemungkinan besar kerana pemanduan yang terlalu laju kemudian kenderaan hilang kawalan. Satu kesalahan orang lain, boleh meragut beberapa nyawa yang tidak bersalah! Beringatlah ketika memandu.
3. Jalan Karak – Bentong
Jalan Karak dikaitkan dengan macam-macam perkara mistik dan dikatakan rumah kepada pelbagai jenis hantu. Malah ada yang kata kebanyakkan kemalangan berpunca daripada hantu-hantu tersebut. Namun kenyataan ini disangkal pihak polis dengan berkata kebanyakan kemalangan di situ adalah punca daripada pemandu yang keletihan dan hilang fokus. Yeke?
4. Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu
Menurut Sinar Harian, jalan ini dikenali sebagai Jalan Sakaratul Maut! Terlampau banyak kemalangan yang berlaku setiap tahun sehingga masyarakat yang tinggal berdekatan dikatakan sudah lali dengan cerita-cerita kemalangan di jalan tersebut. Tidak terkira berapa nyawa telah diragut di jalan ini.
Terdapat satu selekoh yang mengelirukan dan dua selekoh merbahaya. Kemalangan juga dikatakan berlaku akibat pemandu yang tidak arif dengan jalan tersebut. Kalau taktau jalan, jangan memandu dengan laju okay.
5. Jalan Kuala Krai – Gua Musang
Masih ingatkah anda tentang kemalangan yang meragut tujuh sekeluarga itu? Jalan ini lah yang telah “memakan” nyawa mereka. Malah, kereta jenis Lamborghini juga pernah hancur akibat kemalangan di laluan ini. Sebab laju jugak ni.
6. Jalan Batu Pahat
Laporan Statistik Kemalangan Jalan Raya 2015 yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Trafik dan Penguatkuasaan Persekutuan, memetik Johor direkodkan mencatat jumlah kematian dalam nahas jalan raya paling tinggi iaitu 1,040, dengan peningkatan 22 kes berbanding tahun sebelumnya.
Menurut The Sun, Batu Pahat menjadi daerah di Johor yang menyumbang jumlah kematian tertinggi dalam kalangan pengguna jalan raya. Batu Pahat daerah paling dahsyat di seluruh negara untuk tahun kedua berturut-turut pada 2015, mencatatkan 191 kematian.
Bak kata pepatah, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sayangilah nyawa anda. Fikirlah tentang keluarga tersayang dan orang-orang yang tidak bersalah atas kesilapan yang kita lakukan.