in

5 Selebriti Yang Percaya & Bersuara Tentang Teori Konspirasi

Collage 7 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, memang lebih mudah untuk sebarkan teori konspirasi dan ramai juga yang percaya dengannya. Antara teori konspirasi yang biasa didengari adalah seperti menganggap bumi berbentuk rata, serangan 9/11 telah dirancang dan pendaratan pertama di bulan adalah palsu.

Teori konspirasi ni rata-ratanya dipercayai oleh orang-orang biasa yang sering meluangkan masa mereka di internet dan mencari perbincangan orang ramai mengenai sesuatu isu. Tapi selain itu, sebenarnya ramai juga selebriti-selebriti popular yang percaya dengan teori konspirasi.


Kalau nak tahu siapa, jom baca artikel dekat bawah ni.

Artikel berkaitan: 6 Teori Konspirasi Yang Tak Masuk Akal Pernah Dibuat Mengenai Selebriti Popular

Artikel berkaitan: 5 Teori Konspirasi ‘Gila’ Ni Rupanya Memang Betul-Betul Terjadi!

1. Bruce Willis tak percaya Lee Harvey Oswald bunuh John F.  Kennedy

999468462

Banyak bukti yang menunjukkan bahawa Lee Harvey Oswald merupakan orang yang bertanggungjawab menembak mati Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy.

Tapi, Bruce Willis pernah bercakap secara terang-terangan bahawa dia percaya bahawa orang yang membunuh presiden tersebut bukan Lee Harvey Oswald tapi seseorang yang dah lama berkuasa.

Mereka masih tak dapat tangkap orang yang bunuh Kennedy. Saya mungkin boleh dibunuh bila bercakap seperti ini tapi saya yakin orang-orang tersebut masih berkuasa.”

Pengarah filem teori konspirasi JFK, Oliver Stone juga turut menyokong dakwaan Willis dan percaya bahawa Oswald tidak bertindak sendirian walaupun selepas keputusan dibuat oleh Suruhanjaya Warren. Oswald merasakan bahawa bukti besar sebenar masih belum diteliti.

2. B.o.B anggap bumi rata

Gettyimages 485631668

Dah berzaman-zaman manusia ketahui bahawa bumi berbentuk sfera. Tapi beberapa selebriti tak percaya perkara ini dan antara yang paling lantang bersuara tentang Teori Bumi Rata adalah rapper B.o.B. Menerusi ciapannya satu ketika dahulu, dia juga percaya yang ramai orang sekarang ni adalah klon.

Ekoran kepercayaannya, ramai orang telah mengecam rapper ini. Kemudian, apabila seorang ahli astrofizik, Neil DeGrasse Tyson menyanggah teori B.o.B secara terbuka, rapper ini telah mengeluarkan satu lagu berjudul Flatline yang bercakap mengenai Teori Bumi Rata dan beberapa konspirasi lain seperti cermin cicak, klon dan Holocaust tak pernah berlaku.

Pada September 2017, rapper ini juga turut membuat kempen GoFundMe bagi mencari dana untuk membeli satelit untuk dilepaskan ke angkasa bagi membuktikan bahawa planet bumi ini benar-benar rata. Tapi dia akhirnya tak berjaya mengumpulkan wang sebanyak US$1 juta.

3. Kylie Jenner percaya dengan teori jejak kimia

Screen Shot 2015 12 31 At 3.42.54 Pm.0

Chemtrail atau jejak kimia merupakan salah satu teori konspirasi popular di mana orang percaya yang pesawat telah menyebur bahan kimia ketika di atas langit. Asap pesawat putih yang biasa kita lihat di langit itu dikatakan satu bahan kimia yang dilepaskan oleh kerajaan bagi mengawal pemikiran orang, mengubah faktor persekitaran serta mendatangkan pelbagai penyakit.

Pada Mei 2015, Kylie Jenner telah kongsikan satu gambar meme tentang jejak kimia ini menunjukkan yang dia percaya dengan teori tersebut.

Asap putih yang ditinggalkan oleh pesawat itu merupakan wap air yang bertukar menjadi warna putih apabila berada di atmosfera tertentu.

4. Kanye West percaya kerajaan wujudkan AIDS untuk bunuh orang kulit hitam dan gay

Gettyimages 2095088063.Jpg

Sejak AIDS ditemui pada 1980-an, ada banyak teori mengatakan bahawa penyakit ini adalah buatan orang. Salah satu versi teori ini adalah ia merupakan ujikaji kimia CIA untuk membunuh orang-orang di Afrika sebelum eksperimen tersebut menjadi tidak terkawal.

Dalam salah satu lagu bertajuk Heard ‘Em Say, Kanye telah memberitahu bahawa dia percaya kerajaan telah mewujudkan AIDS untuk membunuh orang kulit hitam dan gay.

5. Anak Michael Jackson percaya bapanya dibunuh

Paris Jackson, anak kedua Michael Jackson yang juga merupakan seorang model dan pelakon memberitahu dalam satu temubual bahawa bapanya telah dibunuh.

Ia jelas. Memang kedengaran seperti teori konspirasi tapi ia semua benar. Semua peminat dan keluarga tahu perkara ini. Dia telah dibunuh.”

Menurut Paris, ramai orang mahukan bapanya ini mati dan dia mahukan keadilan. Sebelum ini, laporan autopsi menunjukkan bahawa penyanyi tersebut meninggal kerana campuran ubat yang menyebabkan kegagalan jantung.

Sumber: Business Insider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.