in

5 Selebriti Popular Yang Pernah Pilih Orang Biasa Untuk Jadi Pasangan

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita tengok selebriti yang diminati di televisyen, memang tak terbayang yang dorang akan pandang orang-orang biasa macam kita. Dalam movie adalah!


Mana tidaknya, kalau tengok berita pun biasanya selebriti lebih memilih pasangan yang sama-sama selebriti, pempengaruh atau orang kaya. Sebabnya dorang pun macam tak ada masa nak kenal dengan orang luar dari circle dorang kan?

Tapi sebenarnya tak ada yang mustahil dekat dunia ni. Buktinya, selebriti-selebriti Hollywood yang sangat terkenal di seluruh dunia juga pernah pilih orang biasa untuk jadi pasangan dorang tau. Kalau korang nak tahu siapa, baca dekat bawah ni!

Artikel berkaitan: Ini 5 Selebriti Yang Pernah Jadi ‘Penyondol’ Laki Orang!

Artikel berkaitan: 5 Selebriti Yang Pernah Curang Ketika Pasangan Sedang Hamil

1. Zac Efron

Exclusive Zac Efron And Vanessa Valladares Confirm Their Romance

Tahun 2020, agak kecoh di media apabila pelakon lelaki pujaan ramai, Zac Efron dilihat berpegangan tangan dengan kekasih baru. Menariknya, wanita yang bersama dengannya itu bukanlah seorang pelakon mahu pun pempengaruh TikTok.

Pasangan ini mendapat perhatian selepas Zac Efron dilihat masuk ke dalam kafe tempat Vanessa Valladares bekerja di Australia.

Zac dan Vannessa dikatakan mula bersama pada Julai 2020 dan wanita tersebut sering menghabiskan masa di rumah sewa Zac di Australia.

Namun begitu, percintaan mereka tak kekal lama apabila pasangan ini dilaporkan membuat haluan masing-masing pada April 2021.

2. Jessica Alba

2019 Baby2Baby Gala Presented By Paul Mitchell After Party

Ketika menjalani penggambaran Fantastic Four pada 2004, Jessica Alba tak ada perancangan untuk mencari cinta, namun dia telah terjatuh hati dengan pembantu produksi Cash Warren.

Empat tahun kemudian, Jessica Alba dan Cash telah berkahwin dan pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu dua perempuan Honor dan Haven serta seorang anak lelaki Hayes.

Jessica mengatakan, walaupun dia dan suaminya yang kini merupakan seorang penerbit sering sibuk dengan tugasan masing-masing, mereka sering mencari masa untuk menghabiskan masa bersama.

Kalau korang nak tahu, pasangan ini masih bersama sehingga hari ini tau!

3. Matt Damon

00 Matt Damon Luciana Barroso.jpg

Matt Damon telah bertemu dengan Luciana Barroso ketika dia sedang dalam penggambaran filem Stuck on You pada tahun 2003 di Miami. Mereka bertemu ketika Luciana sedang bekerja sebagai pelayan bar.

Pelakon ini mengatakan bahawa dia telah tertarik dengan Luciana ketika pertama kali melihat wanita tersebut di dalam bar yang penuh dengan orang.

Dua tahun selepas pertemuan tersebut, Matt dan Luciana telah berkahwin dalam satu majlis tertutup dan kini sibuk membesarkan empat orang anak perempuan mereka iaitu, Isabella, Gia, Stella dan Alexia.

Saya memang sangat bertuah, isteri saya hanyalah orang biasa jadi saya tak tertekan. Malah kehidupan kami sangat tak menarik dan kami hidup macam orang biasa.”

4. Patrick Dampsey

Patrick Dempsey And Wife Jillians Relationship Timeline Feature.jpg

Menurut pendandan rambut, Jillian Fink, dia memang tak menyangka pelakon terkenal, Patrick Dampsey akan masuk ke dalam salonnya pada tahun 1994 yang lalu.

Ini kerana, ramai pelanggannya sering menggunakan nama selebriti-selebriti terkenal sebagai bahan jenaka. Jadi, apabila dia melihat Patrick masuk ke dalam salonnya, dia memang terkejut tapi pada masa yang sama turut gembira kerana dapat berjumpa pelakon kacak itu.

Pasangan ini telah bersama tiga tahun lalu selepas Patrick menjadi pelanggan tetap Jillian. Mereka kemudiannya berkahwin pada tahun 1999.

Selepas 15 tahun bersama, Jillian telah memfailkan penceraian terhadap pelakon tersebut selepas menjalani kaunseling perkahwinan. Pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan Tallulah dan anak kembar lelaki Darby dan Sullivan.

Namun begitu, Patrick dan Jillian telah kembali bersama setahun selepas berpisah.

5. Vince Vaughn

6C7126742 Tdy 130429 Ent Vince Vaughn Kyla

Selepas percintaan bersama Jennifer Aniston gagal di tengah jalan, Vince Vaughn telah bertemu dengan ejen hartanah, Kyla Weber apabila mereka ditemukan di sebuah perkahwinan pada tahun 2007.

Selepas bersama selama dua tahun, Vince telah melamar Kyla dan pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2010. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Locklyn dan Vernon.

Pasangan ini masih bersama sehingga ke hari ini.

Kalau dah jodoh…

Sumber: E Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.