in

5 Perkara Yang Sure Pernah Korang Lalui Dengan Kawan-kawan

Profile

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, zaman terbaik dalam hidup seseorang adalah ketika mereka masih menuntut di menara gading. Bukan nak kata zaman pekerjaan tu tak best tapi kalau kita sudah bekerja, banyak masa terluang digunakan untuk menghadap tugasan dan kita pun dah jarang nak melepak dengan kawan-kawan. Itu belum lagi bagi mereka yang sudah berkahwin. Mesti masa lebih tertumpu untuk bersama anak-anak dan suami atau isteri pula.


Pun begitu, anda pasti ada kenangan indah yang pernah anda lalui dengan rakan-rakan semasa zaman gila-gila dulu yang masih anda rindui hingga kini, kan? Berikut kami senaraikan lima perkara yang sure anda pernah lalui dengan kawan-kawan:

 

1. Selalu plan nak keluar tapi tak pernah menjadi

Giphy 2

Situasi seperti ini selalu terjadi dalam kalangan rakan perempuan. Bukan tak pernah ajak keluar makan atau bercuti bersama-sama ketika cuti semester tiba. Namun setiap kali ada di antara anda yang bentangkan rancangan, ramai yang beri alasan ada urusan lainlah atau sibuk dengan hal masing-masing. Kemudian kalau ada yang keluar tanpa ajak mereka-mereka ini, adalah yang buat ayat sentap, ‘Keluar tak ajak pun!’ Ceh! 

 

2. Tersuka crush kawan 

Giphy 2

Pantang nampak lelaki kacak, hati wanita yang sunyi tanpa teman pasti cair bagaikan aiskrim di tengah panas. Namun tak sangka pula bila anda dah syok pada si dia, rupa-rupanya rakan baik anda pula sudah lama menyimpan perasaan terhadap lelaki yang sama. Alamak! Anda pun dengan hati yang berat terpaksalah melepaskan rasa cinta tersebut demi kebahagiaan sahabat anda. Walhal sebenarnya bersusun lagi gadis dalam kelas anda suka dengan lelaki yang sama. Aduh peritnya hati ni! 

 

3. Selalu nampak selekeh apabila rakan segak bergaya

Giphy 1

Tak kiralah ketika zaman universiti ataupun di alam pekerjaan, rakan-rakan anda gemar lakukan majlis seperti sambutan hari lahir, bachelor atau bachelorette party, baby shower dan lain-lain lagi. Setiap kali majlis-majlis seperti ini berlangsung, anda mesti kurang keyakinan kerana sering nampak selekeh berbanding rakan yang lain.

Mereka pula kelihatan sangat bersemangat dalam berfesyen sehinggakan memakai kasut tumit tinggi lima inci, shawl dengan hiasan labuci dan pakaian cantik yang dibeli daripada butik online terkenal. Anda pula hanya mengenakan sandal biasa, tudung RM10 dan blouse putih yang dibeli dekat Masjid India. Terus insecure!

 

4. Belajar pada saat-saat akhir sebelum peperiksaan

Study Last Minute

Ini antara perkara yang sure anda pernah lalui dengan rakan-rakan! Tersedar peperiksaan akhir bakal tiba dalam masa dua hari, anda dan rakan terus berkampung di perpustakaan atau rumah sewa masing-masing hanya kerana perlu ulangkaji lima ke enam subjek dalam masa yang sangat singkat. Menyesal tu memanglah menyesal, namun anda bersama rakan-rakan akan tetap melakukan hal yang sama pada semester depan. Namun siapa sangka, ada juga yang cemerlang dan dapat Anugerah Dekan hanya dengan study last minute kan?

 

5. Nak makan di mana?

^08F214603341674A287F39Ed9Ec2Fa8651Ffa4E87810Ce8E76^Pimgpsh Fullsize Distr
sumber: blog

Soal nak makan di mana ini sudah jadi masalah sejagat yang sering memeningkan kepala anda dan rakan-rakan apabila keluar bersama. Sudahlah selera makan masing-masing berlainan, ada pula yang cerewet tak mahu makan itu dan ini. Lebih rumit apabila salah seorang daripada anda berikan cadangan, ada pula yang menolak mentah-mentah kerana kononnya bosan asyik makan di tempat yang sama. Akhirnya disebabkan tiada pilihan, semua menjamu selera di restoran makanan ringan sahaja. Haih!

Namun tahukah anda, IPC Shopping Centre ada cara yang menarik dalam memilih tempat makan yang bersesuaian dengan anda dan rakan-rakan?

IPC dengan kerjasama Spotify telah membentuk ‘The Mood Menu’ iaitu aplikasi yang memadankan makanan dan mood anda berdasarkan algoritma yang membolehkan aplikasi ini memeriksa playback history Spotify anda dan padankan ia dengan jenis makanan yang sesuai dengan anda! Wow!

Aplikasi ini bukanlah tok nujum yang pandai meneka, namun ia adalah sains semata-mata! Menurut sebuah kajian yang diadakan pada tahun 2015, mood kita mempunyai kelebihan dalam menghalang atau menyerlahkan rasa manis, masin, pahit, masam dan rasa yang sedap tau.

Anda hanya perlu muat turun aplikasi IPC. Daftar masuk ke Spotify melalui aplikasi tersebut. Kemudian berdasarkan algoritma aplikasi ini, ia akan memilih restoran yang sesuai dengan seleksi mood lagu di Spotify anda.

Contoh jikalau anda menyukai lagu-lagu dengan mood ‘Happy’, aplikasi ini akan memadankan anda dengan restoran makanan seperti Absolute Thai, Ah Cheng Laksa, Boat Noodle dan Magnum Café. Menarik kan? 

Ipcxspotify R2 Spotify Desktop Nocta

Anda bolehlah muat turun aplikasi ini di Google Play Store atau Apple App Store sekarang!

Jadi selepas ini anda tak perlulah pening kepala nak fikir makan di mana dengan rakan-rakan anda. Gunakan saja aplikasi IPC, selesai masalah!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.