in

5 Perangai Orang Malaysia Buat Waktu Parking Yang Boleh Bawa Bergaduh. Sakit Hati!

Xxxx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan kes viral di media sosial dan pergaduhan hingga bertumbuk antara satu sama lain melibatkan salah laku di atas jalan raya. Antara kes yang terkenal satu masa dulu ialah kes kakak stereng lock, wanita mengamuk kerana kereta dikunci pengawai MPSJ dan kes pengguna motosikal parkir di ruang pejalan kaki OKU.


Malah kesalahan parking juga antara kesalahan paling annoying pernah rakyat Malaysia buat hingga mengakibatkan pergaduhan besar. Berikut kami senaraikan lima kesalahan parking selalu rakyat Malaysia lakukan yang boleh bawa bergaduh. 

 

1. Parking dekat petak motosikal atau OKU

Oku Parking Lot Abused
sumber: blog

Dah terang lagi bersuluh kawasan parking ada label penunggang motosikal atau pemandu OKU, yang hang parking juga dekat situ pasaipa?! Kesian dekat penunggang motosikal dengan OKU tau. Terpaksalah dorang beralah dengan pemandu yang cacat otak macam ni.

 

2. Double park tapi tak tinggal nombor telefon atau angkat handbrake

133622J1At913A9Nt94Aac
sumber: blog

Kes macam ni selalu jadi dekat kawasan flat atau mana-mana tempat yang padat dengan orang. Nak double park tak salah tapi kenalah jadi pemandu yang bertanggungjawab kan. Ini tidak! Dengan nombor telefon tak tinggal lepas tu siap tarik handbrake, mana tak hangin orang yang kereta kena block tu!

 

3. Lalu arah berlawanan semata-mata nak berebut parking

Berebut Jalan Tol 20171003 165428
sumber: tribunnews

Punyalah berebut nak dapatkan parking, ada sejenis pemandu yang sanggup langgar undang-undang asalkan hajat di hati tercapai. Dorang ni berlagak berani dengan pandu lawan arus untuk parking kat kawasan seberang jalan. Harap-harap janganlah ada pemandu yang ikut perangai macam ni sebab bahayakan pemandu lain tau! Buat susah orang je lah! 

 

4. Main ‘chop’ waktu kawan buat U-turn untuk masuk petak parking

Jaga 1
sumber: lm

Haa yang ni paling sakit hati! Boleh bawa bertumbuk tau kalau jumpa spesis macam ni. Bayangkan kalau korang terjumpa petak parking kosong, tiba-tiba datang entah siapa tahan kereta korang dari masuk. Alasan dia mudah je. Dia tengah ‘chop’ parking tu untuk kawan atau family members yang tengah buat u-turn. Eh suka hati plak dia nak main chop chop!

 

5. Jangan sangka parking yang kosong takde si ‘Kancil’

Hhh
sumber: blog

Jangan tipulah, mesti semua pernah tertipu dengan si Kancil ni kan? Kadang-kadang kereta Viva pun sama! Dah lah penat ntah berapa kali tawaf kawasan basement parking tu, sekali nampak petak kosong punyalah excited. Bila dah dekat rupa-rupanya ada Kancil. Cis!

Apa lagi pengalaman korang selain dalam list ni? Kongsi dengan kitorang dekat ruangan komen…

Baca: 6 Jalan di Malaysia Yang Paling Kerap Berlaku Kemalangan!

Kemalnangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.