in

Lelaki Kongsi Cerita Lalui Situasi Bergaduh Dengan Orang ‘Cop’ Parkir Untuk Kawan

K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Kongsi Cerita Lalui Situasi Bergaduh Dengan Orang 'Cop' Parkir Untuk Kawan
Loading
/

Cara parkir kereta dekat Malaysia ni memang unik dan kreatif (Contohnya double parking di mana-mana), tetapi siapa pernah lalui situasi menyakitkan hati yang dipanggil, taktik ‘parkir orang berdiri cop kan dulu’.


Seorang pengguna Facebook Calvin Kwok baru-baru ini kongsi pengalamannya ketika sedang mencari petak parkir di Pusat Membeli Belah 1 Utama pada 8 Mei lalu.

“Ini adalah kali pertama saya berdepan dengan seseorang di 1 Utama, yang memberitahu saya bahawa ruang meletakkan kereta awam boleh ditempah. Kami membuat beberapa pusingan dan menjumpai satu spot di mana sebuah kereta mahu keluar tetapi entah dari mana, lelaki ini muncul dan berdiri di petak parkir kosong serta memberi isyarat bahawa ruang itu tidak kosong lagi.”

K1 1
sumber: facebook

“Saya sudah tahu bahawa dia mahu tempah ruang parkir itu tetapi saya mahu tahu mengapa dia berbuat sedemikian. Jadi, saya turun dari kereta dan mendekatinya untuk bertanya. Saya tanya mengapa dia berdiri di situ kerana saya mahu parkir di petak kosong jadi ianya membahayakan dirinya kerana berbuat sebegitu.”

Lelaki yang berdiri itu kemudian membalas kepada Calvin,

“Saya sudah tempah petak ini. Saya berdiri di sini. Saya sedang menunggu kawan untuk datang ke sini. Mereka sedang mencari petak parkir yang kosong. Awak boleh ambil gambar saya atau apa saja.”

K2 1
sumber: facebook

Menyedari lelaki itu tidak akan mengalah, Calvin kemudian cuba menganggunya dan bertekak selama 20 minit sambil masing-masing merakamkan situasi tersebut.

Calvin turut memberitahu bahawa sepanjang pergaduhan itu berlaku, tiada seorang pun pengawal keselamatan yang muncul.

Macam-macam lah… Ada yang pernah lalui situasi yang sama?

Tonton video di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.