in

5 Filem ‘Misteri’ Yang Korang Kena Layan Di Netflix, Memang Suspen Habis!

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem bergenre misteri memang sangat exciting kerana ia akan membuatkan penonton terpukau, suspen serta berfikir. Filem misteri ni ada pelbagai jenis, tapi yang paling best mestilah yang mencabar penonton kan?


Tapi tak semua filem misteri mampu mencapai perkara ini kerana selain jalan cerita dan pelakon yang menarik, ia juga memerlukan satu cerita yang membuatkan mata kita tak lepas dari kaca TV.

Rangkaian filem misteri di Netflix sentiasa dipenuhi dengan filem yang menyediakan hiburan serta mencabar penonton dan dekat bawah ni adalah antara filem misteri best di Netflix yang korang memang wajib layan.

Artikel berkaitan: Ini 5 Filem Seram Yang Bakal Keluar Sepanjang Bulan ‘Halloween’ Tahun Ini

Artikel berkaitan: 6 Filem Bollywood Terbaik Sepanjang Zaman, Gerenti Ada Yang Korang Tak Tengok Lagi!

1. Reptile

Reptile merupakan salah satu filem yang popular di Netflix. Ia mengisahkan tentang pembunuhan seorang ejen hartanah muda di Maine dan detektif ditugaskan untuk menyelesaikan kes tersebut.

Filem ini dibintangi oleh Benicio del Toro sebagai detektif Tom Nichols dan Justin Timberlake sebagai teman lelaki ejen hartanah yang terbunuh.

Reptile telah dikritik sebagai filem yang terlalu terbelit-belit tapi lakonan mantap dari barisan pelakonnya membuatkan filem ini berbaloi untuk ditonton oleh mana-mana peminat filem misteri yang kompleks seperti ini.

2. The Pale Blue Eye

Mv5Bnzfjoti3Mzatmja1Zi00Nzkyltljmjgtzwrkzdvmzwm4Zjhkxkeyxkfqcgdeqxvymtmznziyndc1. V1

Filem misteri tahun 2022, The Pale Blue Eye ini dibintangi oleh Christian Bale dan merupakan salah satu filem misteri yang memukau di Netflix.

Ia mengisahkan tentang detektif Augustus Landor yang menyiasat siri pembunuhan yang berlaku di Akademi Tentera Amerika Syarikat pada tahun 1830. Landar telah dibantu oleh Edgar Allan Poe waktu muda yang juga merupakan salah seorang kadet di akademi tersebut.

Lakonan yang powerful dari Christian Bale ni memang confirm buat korang tak rugi tengok!

3. Where The Crawdads Sing

Filem Where The Crawdads Sing ini diinspirasikan dari kisah benar sekaligus menjadikan filem ini lebih menarik untuk ditonton. Ia juga diadaptasi dari novel dengan nama yang sama oleh Delia Owens.

Filem ini mengisahkan tentang Kya yang besarkan dirinya sendiri selepas diabaikan oleh keluarganya. Kya kemudiannya telah menjadi suspek utama dalam satu kes pembunuhan membuatkan dia telah didakwa.

4. Glass Onion: A Knives Out Mystery

Aaaaqzo9Qmlgg6Aihkdlj

Glass Onion: A Knives Out Mystery ini merupakan sekuel kepada filem pertama Rian Johnson yang bertajuk Knives out. Tak dinafikan, filem ini merupakan salah satu filem misteri yang paling best di Netflix.

Ia mengisahkan tentang Detektif Benoit Blanc lakonan Daniel Craig yang telah pergi ke percutian seorang jutawan Miles Bron dan rakan-rakan rapatnya di mana mereka perlu menyelesaikan misteri kematian Miles di pulau tersebut.

5. Enola Holmes

711Puzt4Hnl. Ac Uf8941000 Ql80

Enola Holmes merupakan filem misteri yang sangat menarik untuk ditonton. Ia mengisahkan tentang Enola yang dalam pencarian untuk mencari ibunya dan misinya untuk menghentikan perkembangan rang undang-undang British yang akan menyekat hak wanita di negara tersebut.

Kerana mendapat reviews yang positif dikalangan penonton, filem ini turut mengeluarkan sekuel yang bertajuk Enola Holmes 2. 

Min dah tengok tau semua ni, confirm tak rugilah!

Sumber: Netflix

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.