in

430,000 Orang Peminjam Tak Bayar Hutang PTPTN

Hutang Ptptn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai antara kita yang membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN untuk menyambung pelajaran ke menara gading sebab yuran belajar di universiti bukanlah sesuatu yang murah.

Namun, apabila tamat belajar di universiti dan telah pun bergraduasi, peminjam wajib untuk bayar semula pinjaman PTPTN tersebut.


Hutang Ptptn
Gambar hiasan

Namun, menurut laporan Berita Harian, seramai 430,000 orang peminjam PTPTN masih belum membayar hutang tersebut.

Ada sebahagian daripada peminjam yang telah berpuluh tahun bergraduasi namun masih belum membayar hutang PTPTN.

Artikel Berkaitan: Kerajaan Umum Graduan Ijazah ‘First Class’ Tak Perlu Bayar Balik PTPTN, Ini Syarat Yang Korang Perlu Tahu!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dah Teruja Nak Melancong ‘Oversea’ Tapi ‘Tersangkut’ Di KLIA Sebab…

Ada juga yang tidak membayar langsung hutang PTPTN itu walaupun satu sen.

Difahamkan, hutang PTPTN itu melibatkan sebanyak RM6 bilion.

Hutang PTPTN yang tidak dibayar oleh ratusan ribu orang peminjam itu menyebabkan kewangan PTPTN berada dalam keadaan membimbangkan.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir iaitu Menteri Pendidikan Tinggi berkata, pihak mereka tidak menafikan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang tidak membayar hutang PTPTN.

Pihak PTPTN faham jika ada peminjam yang mempunyai masalah kewangan, namun peminjam juga haruslah datang ke mana-mana cawangan PTPTN untuk jelaskan keadaan mereka.

Ini kerana ada peminjam yang langsung tidak peduli tentang hutang tersebut kerana mereka tidak maklumkan keadaan mereka.

Untuk makluman semua, hutang PTPTN yang dibayar itu kemudiannya akan digunakan untuk membantu generasi akan datang untuk menuntut ilmu di universiti.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.