in

4 Sebab Kucing Gigit Secara Tiba-Tiba, Salah Satunya Mahu Ajak Bermain!

Cats 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kucing dikenali sebagai haiwan peliharaan yang mempunyai ragam dan kerenah sendiri. Meskipun kadang kala tingkah laku kucing boleh memeningkan kepada, telatah haiwan comel ini boleh dianggap persis ubat penenang kepada tuannya.


Salah satu tingkah laku kucing yang membuatkan tuannya geram adalah menggigit secara tiba-tiba. Cuba bayangkan, anda sedang seronok menonton drama di Netflix, dan tiba-tiba kucing peliharaan datang dan gigit di kaki. Geram kan?

Tindakan kucing yang menggigit secara tiba-tiba ini menimbulkan persoalan ramai, adakah haiwan ini mahu bermain ataupun sedang ajak bergaduh?

Untuk itu, berikut adalah 4 sebab kucing suka menggigit secara tiba-tiba:

1. Mahu ajak bermain

Kucing kebiasaannya akan mula menggigit pada usia 12 minggu hingga ke tahun pertama mereka. Kucing juga biasanya akan menganggap tuannya sebagai teman bermain, lebih-lebih lagi jika tiada kucing lain yang berada di situ.

1 13

Oleh sebab itu, tidak hairan jika kucing memberikan gigitan sebagai tanda kasih sayang dengan tujuan untuk berinteraksi.

2. Stres

Seperti manusia, kucing juga boleh mengalami stres dengan perkara yang dihadapinya. Salah satu faktor yang mendorong rasa stres pada kucing adalah melihat mangsanya lari atau melihat haiwan lain yang boleh mengancam.

2 10

Pada awalnya, kucing akan membuat gerakan seperti menggerakkan ekor, telinga, kepala dan tubuh untuk menyalurkan emosinya. Pada waktu seperti ini, pemilik kucing harus lebih berhati-hati agar tidak digigit.

3. Sakit atau takut

Kucing yang berada dalam kesakitan atau ketakutkan akan menggigit sebagai bahasa tubuh untuk memberitahu tentang keadaannya.

3 8

Antara perkara yang boleh membuatkan kucing berasa takut atau sakit adalah ketika memotong kuku atau mendapat sentuhan yang berlebihan daripada manusia.

4. Naluri pemburu

Meskipun wajah mereka comel dan tubuh mereka kecil, kucing tetap dikategorikan sebagai haiwan pemburu. Jadi, jangan terkejut jika kucing anda tiba-tiba pulang ke rumah membawa bangkai tikus sebagai ‘hadiah’.

4 3

 

Kredit: Daily Paws

BACA: Lelaki Terkejut Rumah Banjir Lepas Bangun Tidur, Rupa-Rupanya Kucing Buka Paip

Cover 22

Sumber: The List
Sumber: KittyClysm
Sumber: iHeartCats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.