in

31 Bayi Antara 3,487 Kes Positif Dilaporkan Di Sabah Semalam

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, semalam negara kita sekali lagi telah mencipta rekod baru kes positif harian tertinggi sebanyak 24,599.


Bukan itu sahaja, kita juga turut merekodkan kes kematian tertinggi setakat ini dengan 393 kematian telah dilaporkan semalam.

Tambah mendukacitakan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun memberitahu seramai 31 bayi telah disahkan positif Covid-19 di Sabah di antara 3,487 kes positif yang dilaporkan di negeri itu semalam, lapor Malay Mail.

Manakala, seramai 297 kes yang dilaporkan di Sabah melibatkan kanak-kanak berusia 1 dan lima tahun serta 632 kes melibatkan individu berusia dari enam ke 17 tahun.

Majoriti dari 2,240 pesakit adalah berumur di antara 18 dan 59 tahun dan selebihnya merupakan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.”

Katanya, kesemua daerah di Sabah telah merekodkan peningkatan kes positif dengan keseluruhan sebanyak 1,992 kes dikesan dari saringan kontak rapat.

Ada kemungkinan besar, perkara ini berlaku kerana ramai tak mengikut SOP yang telah ditetapkan walaupun telah diingatkan banyak kali oleh kerajaan.”

Masidi berkata, satu kluster baru telah dikesan hari ini di Hamparan dan dua klusteri di Kinabatangan melibatkan orang yang bekerja di ladang kelapa sawit di Mukim Sukau dengan sebanyak 21 kes setakat ini.

 

Baca: “Bila ada #KlusterPelajar , jangan salahkan rakyat pula” – 18 Pelajar Di Sabah Positif Covid-19

Screenshot 2021 08 27 At 12.03.45 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.