in

3 Pengarah Popular Yang ‘Dera’ Pelakon Di Set Penggambaran?

Collage 7 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menghasilkan sesuatu dari awal memang susah dan mendatangkan tekanan. Sama juga dengan industri filem, dari awal lagi terdapat banyak kisah tentang apa yang pelakon dan kru filem perlu lalui sepanjang tempoh produksi yang memakan masa berbulan-bulan.

Dalam artikel ini, kita akan tengok beberapa pengarah popular yang telah melampaui batas dan mendera pelakon mereka sehingga mereka terpaksa hadap tekanan fizikal mahu pun mental.


1. Bernardo Bertolucci

Bernardo Bertolucci 9021.Jpeg

Satu temubual yang dibuat pada tahun 2013 telah tular di media sosial apabila pengarah, Bernardo Bertolucci mengatakan bahawa salah satu babak di dalam filem Last Tango In Paris yang melibatkan karakter Marlon Brando menekan Maria Schneider di atas lantai dan menggunakan mentega sebagai bahan pelincir sebelum merogolnya telah difilemkan tanpa izin pelakon wanita tersebut.

Bernado mengatakan yang dia telah berkelakuan teruk ke atas Maria kerana tak memberitahu wanita tersebut tentang apa yang bakal berlaku ekoran mahukan reaksi sebenar seorang perempuan bila diperlakukan sedemikian dan bukannya sebagai seorang pelakon.

Saya mahu dia memberikan reaksi yang dia telah dimalukan.”

Selepas kenyataan tersebut, pengarah ini telah dikecam dan beberapa pelakon terkenal Hollywood seperti Chris Evans, Ava DuVernay dan Jessica Chastain telah meluahkan rasa jijik mereka atas pendedahan yang dibuat oleh Bernardo.

1532.Jpg

Maria telah bergelut dengan popularitinya selepas filem tersebut ditayangkan. Selain itu, dia turut mengalami masalah mental dan mula menggunakan dadah dan melakukan percubaan membunuh diri. Sebelum meninggal dunia pada 2011, Maria telah meluahkan rasa jijiknya dengan layanan yang diterima ketika melakukan penggambaran tersebut.

Babak tersebut tak ada dalam skrip asal. Marlon telah memberikan idea tersebut dan hanya beritahu saya sebelum babak tersebut difilemkan. Saya marah, saya sepatutnya telefon ejen dan peguam saya tapi masa tu saya tak tahu dengan perkara tersebut.

“Marlon kata kepada saya untuk tak risau kerana ia hanyalah sebuah filem tapi ketika babak tersebut walaupun apa yang Marlon lakukan itu hanyalah lakonan, saya menangis betul. Saya rasa malu dan rasa dirogol oleh Marlon dan Bernardo.”

2. Stanley Kubrick

Kubrick Stanley 001 Dmitri Kasterine Portrait Hands In Hair With

Pengarah, Stanley Kubrick terkenal dengan seksaan psikologi yang dibuat ke atas pelakon Shelley Duvall untuk mendapatkan lakonan yang dia mahukan dalam filem The Shining.

Jack Nicholson yang membawa watak sebagai suami Shelley Duvall dalam filem tersebut pernah mengatakan yang Stanley telah memberikan layanan yang lain terhadap Shelley. Stanley telah banyak mengasingkan pelakon wanita itu serta memotong banyak dialog serta memaksa Shelley untuk ulang babak ikonik “baseball bat” selama 127 kali sampai tangannya merah dan matanya bengkak.

29Ff3982Bc6Fc7B699A298Fe651Df6808B 08 Shelley Duvall The Shining.rsocial.w1200.Jpg

Selepas penggambaran, Shelley telah memberikan rambutnya yang gugur kepada Stanley untuk menunjukkan macam mana dia tertekan dengan lakonan yang dibuatnya untuk filem tersebut.

Ketika di set penggambaran juga, Shelley dikatakan sering menangis seorang diri sehingga berjam-jam tapi Stanley mengatakan yang dia tak akan dapat simpati dari sesiapa sahaja di set. Malah kru dan pelakon juga dinasihati untuk tak melayan Shelley di set atau puji lakonannya.

3. Alfred Hitchcock

Alfred Hitchcock 155464665 5C84743446E0Fb00012C66Eb

Filem-filem klasik Alfred Hitchcock The Birds dan Marnie telah menjadikan Tippi Hedren sebagai seorang bintang terkenal. Tapi, popularitinya ini tak datang dengan mudah. Tippi merupakan salah seorang pelakon yang menjadi mangsa Alfred selain Joan Fontaine, Madeleine Carroll, Grace Kelly dan Kim Novak.

Ketika bekerja bersama, obsesi Alfred ke atas Tippi tak mengenal sempadan. Ketika melakonkan satu babak dalam filem The Birds, Tippi sepatutnya diserang oleh burung mekanikal, tapi dia diberitahu bahawa burung tersebut tak dapat digunakan dan terpaksa menggunakan burung sebenar.

Tippi Hedren The Birds Alfred Hitchcock.jpg

Satu per satu burung sebenar telah dilemparkan ke arahnya selama seminggu sehingga Tippi mengalami tekanan dan rasa cemas secara tiba-tiba dan perlu mendapatkan rawatan dari doktor. Selain itu, Alfred telah meminta pelakon ini untuk berada di set setiap hari dan bekerja.

Selepas tamat penggambaran dua filem tersebut, Alfred enggan melepaskan Tippi kerana wanita ini masih terikat dengan kontrak. Apabila dia dibenarkan berlakon semula, dia mula mengambil lakonan yang lebih sedikit dan ada jarak di antara satu sama lain dan fokuskan semula tenaganya dengan menjaga dan melindungi haiwan liar seperti singa Afrika, harimau Bengal dan Siberia serta harimau kumbang.

Sumber: Oddee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.