in

3 Mangsa Terjatuh Ke Dalam Sungai Kelantan Lepas Jeti Tambatan Diraja di KB Runtuh

Jeti Tambatan Diraja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga orang wanita dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Kelantan apabila Jeti Tambatan Diraja di Kota Bharu tiba-tiba runtuh ketika mereka dipercayai sedang meniti di atas laluan yang menghubungkan kawasan jeti dan darat.

Menurut Sinar Harian, insiden tersebut berlaku pada sekitar 4.53 petang pada Sabtu semalam ketika ketiga-tiga wanita tersebut mahu menikmati perkhidmatan menaiki bot percuma Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyusuri sungai negeri itu.


Difahamkan, perkhidmatan bot percuma oleh APM itu diadakan bersempena Program Madani Rakyat 2025 Kelantan selama dua hari pada Jumaat dan Sabtu.

jeti runtuh

Artikel Berkaitan: 3 Penerjun ‘Base Jump’ Tersasar dari Lokasi Pendaratan di Kuantan, Seorang Cedera Manakala 2 Lagi Terselamat

Artikel Berkaitan: “Bot belum berlabuh sepenuhnya tapi dah nak langkah”- Pelancong Di Bangkok Terjatuh Sungai Lepas Cuba Lompat Dari Bot Ke Jeti

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan dengan pantas dan keadaan berjaya dikawal dengan baik.

Dua wanita tersebut mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital berdekatan untuk dirawat.

jeti tambatan diraja kb runtuh

Kawasan yang runtuh iaitu laluan yang menghubungkan jeti dan darat itu dipercayai telah uzur sehingga ia tiba-tiba runtuh semalam.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.